Friday, November 28, 2008

Enjoy lepas exam!~





7 November 2008, aku, yati, azie dan aida. kitorang plan baik punya. mula2 kitorang g puduraya, beli tiket balik ke kampung halaman masing2. lepas beli tiket, kitorang gerak g lowyat. dah round2 lowyat dan sempat beli pendrive 4g, kitorang g mkn kt KFC area2 ctu sebab semua dah x tahan lapar. muka pun dh macam ayam berak kapur.hahahaha!!

pastu yati ajak g klcc. die kate nak tengok view klcc waktu malam. aku pk2..cam best gk!!sbb aku sendiri x penah g klcc waktu malam.. kesian..kami orang kampung la katakan.. hehe!!sampai klcc dalam kul 6 ptg. kitorang round2 kt taman klcc sampai maghrib. bila masuk waktu, g solat kt masjid klcc. dh solat, sambung jalan2 lg. aku sempat beli sebuah novel kt kinokuniya. den, sume sepakat nak jalan2 kt taman td sbb objektif utama kami adalah nk tgk view klcc waktu malam. kitorang pun saje la jamukan mata dengan pemandangan klcc waktu malam. tgk ragam manusia di samping tgk pemandangan yang agk indah. ditambah lagi dengan angin yg sepoi2 bahasa menambahkan lagi rasa nyaman dalam jiwa raga kami. hehe!!

masing2 senyap melayan perasaan. xtau la berangan ape,mungkin kenangkan masa silam, masa depan atau pakwe di kampung. tp rasenye pakwe tu tidak la kot!sbb kami semua single and available. masih belum terfikir ke arah itu semua. tanggungjawab kami kepada pelajaran dan bermacam2 lagi masih belum selesai. lepas semua dh puas layan perasaan, kami decide utk pulang. naik turun train, adalah dalam 9 kali!! nasib baik kami bawa motor dan di parking di KTM serdang. tq kat syila sbb bagi aku pinjam motor die sebabnye motor aku sudah dihantar pulang ke rumah.

sampai kt kolej, kitorang melantak nasi lemak! lapar yang amat! begitu nikmat dapat nasi lemak sbb tgh hari td kami hanya makan fast food sahaja. walaupun penat, tp penat tu berbaloi. =) dh lame x jalan jauh2 sampai sakit kaki disebabkan kekangan masa dan kerja2 sbg student. hehe!!

No comments: