Monday, November 24, 2008

OPKIM '08

Pada 10-15 November lalu, saya telah mengikuti program Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM) di Kg Paya Berenjut, Kemaman Terengganu. Program ini berbentuk 'anak angkat' sambil mencurahkan bakti kepada penduduk kampung. Banyak dugaan dan rintangan telah kami tempuhi dan akhirnya program ini berjaya juga dilaksanakan. Saya dan rakan saya, Ika mendapat keluarga angkat yang 'sporting' dan kami rasa seronok makan di sana kerana dijamu dengan 'ikang' dan ketam yang segar2. Selain itu, saya telah bertindak sebagai AJK bagi UNIT PENAJAAN. Tidak banyak sponsor yang kami dapat. Saya hanya berjaya mendapatkan sedikit sumbangan daripada Syarikat Faiza Sdn Bhd dan sumbangan pihak luar.Kebanyakan syarikat atau badan2 yang saya hubungi menyatakan mereka akan memberi sumbangan jika program kami ini membuat usaha sama dengan mereka. Namun, kami tidak mendapat info ini dari awal memandangkan ini adalah program pertama yang pihak kolej saya anjurkan. Mungkin kami boleh membuat penambahbaikan pada masa akan datang untuk unit penajaan. Setelah itu, saya menyertai UNIT PROGRAM bagi membantu rakan saya yang tidak cukup kakitangan dalam mencurahkan idea dan khidmat tenaga. Setelah beradanya saya di sana, terdapat banyak kekeliruan dan persilisihan faham berlaku antara AJK dan para peserta. Bagi saya, walaupun saya hanya terlibat 70% di UNIT PROGRAM, saya dapat merasakan tugas ini agak berat. Saya terdengar juga suara2 sumbang yang membuat bermacam telahan mengenai UNIT PROGRAM. Apa yang dapat saya katakan di sini ialah, "Jangan membuat sebarang sangkaan buruk jika kita tidak mengetahui perkara itu dengan lebih lanjut.". Namun, atas usaha sama disertai kesabaran yang entah di tahap mana, kami bekerja tanpa mempedulikan kata orang. Akhirnya, program ini terlaksana dengan kurang jayanya. Walau apa pun, tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat.














Di pantai















Keluarga angkat saya















Pembuatan sata yang sedap!!

2 comments:

Syamil A Samad said...

assalammualaikum

yes!!!aku orang pertama yang singgah ke blog ko.percubaan yang baik dan bertenaga.chewah.hehehe.aku akan support ko dari depan mahupun belakang.dah bertambah kawan aku yang mempunyai blog.nanti aku promosikan blog ko kat kawan2 aku k.hehe.pasal opkim tu aku setuju dengan ko, hanya orang berada di tempat tersebut memahami apa yang dilakukan.jadi kesimpulannya jadilah orang yang sentiasa memahami k.semoga dapat menjaga blog ini dengan baik.

p/s : saranan aku baik ko tambah chat box kat blog ko supaya senang orang nak drop komen. then, kalau tulis karangan buat perenggan tau.senang cket nak bace.hehe.aku xpandai sangat pun.tapi boleh la cket2.tapi ko memang ade bakat menulis.ayat tersusun and sng nak paham.chaiyok2 fara.

Farah Abdullah said...

ws..

tq syamil!huhu.. aku akan cuba untuk improve kan blog aku ni. terima kasih atas dorongan anda.
hehe..