Monday, December 8, 2008

Rendah hati bersihkan hatimu

petang tadi saya menonton 1 siaran di astro oasis yang berjudul 'RAWATLAH HATI BANGUNLAH INSAN'. saya berasa amat kagum dengan kata-kata yang telah disampaikan oleh ustaz dari indonesia itu. kata-katanya lebih kurang berbuyi begini:

'sebagai manusia, kita hendaklah rendah hati, rendah hati itu bermaksud, orangnya sukses tetapi dia tidak pernah menunjuk, tidak riak, sifatnya tawaduk'

'manakala rendah diri itu, merasakan dirinya sentiasa hina, tiada nilai di mata masyarakat'

maka, kita seharusnya mempunyai sifat rendah hati bukannya rendah diri. sememangnya rendah diri itu tidak elok yang kita sebagai hambaNya harus sentiasa mensyukuri segala nikmat kurniaan Allah. pastinya setiap yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. Allah tidak akan menciptakan kita kerana sesuatu yang sia2. Allah itu Maha Bijaksana. Sesungguhnya Dia lebih mengetahui.

tika itu, saya berfikir sejenak, sememangnya sukar bagi kita untuk menjadi seorang manusia yang hatinya bersih. oleh itu, kita mesti mendidik diri kita supaya menjadi sebaik-baik insan agar berguna di mata masyarakat dan mulia di sisi Allah. amin...

No comments: