Saturday, January 31, 2009

alam persekolahan

kadang2 saya dengar org berkata, baiklah belajar di asrama penuh daripada belajar di rumah. ibu bapa mungkin akan rasa bangga dan gembira bila anak mereka ditawarkan ke sekolah asrama penuh.

masih segar di ingatan, waktu saya tamat darjah 6, alhamdulillah ketika itu result upsr baik. ibu bapa saya seolah olah berat hati untuk membenarkan saya ke sekolah asrama. lalu, ayah mengisi borang untuk saya dan memohon sekolah harian yang baik di batu pahat. alhamdulillah mungkin rezeki saya. saya ditempatkan di rancangan khas murni. dalam hati saya kata, ayah dan ibu mcm x bagi aku duduk asrama je. sebab tu hantar saya ke sekolah tersebut.


ketika saya di tingkatan 3, alhamdulillah keputusan pmr juga baik. kali ini saya tidak memohon ke SBP. saya pernah tanya ayah, 'boleh x kalau farah apply SBP? ayah kata suka hatilah tp ayah lebih senang lihat anak2 membesar depan mata. bila abis spm, nak belajar ke mana sekalipun, pergilah.. dengan itu, saya faham maksud ayah.


bila habis spm, saya dapat tawaran ke PLKN. masa tu saya x tahu nak kata ape. sedih? suka? entahlah.. tapi saya masih ingat, pagi2 saya nak ke bus stand batu pahat, saya dah start berat hati. bila family nasihat bla3.. saya mula bergenang air mata. kemudian di bus stand batu pahat, rakan2 sekolah datang jenguk kami yang akan bertolak ke kem masing2 pagi itu. sekali lagi kami nangis. sedih sebab selalu sama2, pergi sekolah, keluar jalan2, etc.
bila bus nak gerak, saya salam+peluk ibu (ayah x hantar ke bus stand waktu tu). saya sedih sangat. saya tahu ibu juga sedih. sekali lagi air mata gugur. saya tahu ibu berat hati nk lepaskan anak sulung dia. kami x pernah berpisah. walaupun hanya 3 bulan dan di Port Dickson shj, tp rasa sedih tetap menyelubungi diri.

setelah PLKN, dapat pula tawaran ke Kolej Matrikulasi Perak. oh! lagi jauh! sekali lagi, saya sedih, lagi sedih jika dibandingkan masa nk g PLKN dulu sebab Perak jauh!
selepas matrikulasi, saya menyambung pengajian di UPM. kali ni, saya dah x nangis waktu family saya pulang. sebabnya, saya rasa saya sudah dekat dengan family saya. KL-BATU PAHAT. x jauh mane.. so, xda adegan nangis2 lagi. cuma rasa sebak dengan nasihat yang berbakul2 yang diberikan oleh ayah dan ibu.

SEKARANG, saya sudah biasa. makin kita besar, kita mesti berdikari. bukan setiap masa kita akan dijaga dan ditatang bagai anak kecil. begitulah serba sedilit kisah persekolahan saya suatu ketika dahulu.




rumate saya di matrik

rakan2 praktikum di matrik (TB30)

rakan2 5 sains 1 ketika reunion di crystal inn batu pahat


No comments: