Monday, January 5, 2009

Larian Merentas Kampus

semalam (4 jan 2009) aku telah menyertai larian merentas kampus yang mana semua kolej2 di upm mesti menghantar wakil. sebenarnya, ini adalah pengalaman kedua aku menyertai larian merentas kampus. dari maklumat yang aku dapat, setiap kolej dikehendaki menghantar sekurang-kurangnya 50 org peserta. maka, aku adalah salah seorang pesertanya. jarak larian itu sejauh 5.3km bagi pelajar perempuan dan 7km bagi pelajar lelaki. akhirnya, aku berjaya menamatkan larian tersebut walaupun tidak memperoleh sebarang mata. almaklum, aku bukanlah pelari jarak jauh yang hebat. sekadar menyertai dengan rasa ikhlas hati dan membuat exercise kaki setelah lama tidak berbuat demikian.

No comments: