Monday, January 26, 2009

orang Melayu, Malay ren

Ya.. saya juga dilahirkan sebagai seorang Melayu. walaupun dari segi genetiknya bukanlah 100% melayu, kerana datuk (sebelah ayah) berbangsa india muslim yang datang dari tanah India. sebelah ibu memang 100% melayu (melayu jawa).

tadi saya ke pejabat ayah dan terbaca satu artikel di majalah MASA. temuramah penulis majalah tersebut dengan Fatimah Merican (kalau x silap saya). Fatimah Merican merupakan org profesional dalam dunia teater. mereka membincangkan isu teater dan juga nasib bangsa Melayu, anak melayu khususnya.

apakah silap kita? malaskah bangsa Melayu? adakah keturunan Melayu pemalas? jawapannya masih membuatkan saya berfikir dan terus berfikir. anak melayu mungkin masih perlukan bimbingan. namun sudah terlalu banyak bimbingan dan pertolongan diberikan. contoh paling mudah, UiTM! di situlah tempat anak Melayu menuntut! kesemuanya Melayu! bumiputera! yuran juga murah. kupon makanan juga dapat.

Fatimah kata, Malaysia ni cukup untung sebab kita multi racial! kita sepatutnya rasa bertuah. kita boleh campur mana2 bangsa. tapi sekarang, susah nak cakap!

saya akui diri saya sendiri juga banyak kelemahan. tetapi ayah selau berpesan, ubah sikap, mentaliti kena kuat! ya! saya ikut cakap ayah. tapi x semua benda saya boleh. saya masih mencuba. kenapa anak melayu banyak rosak? tapi, saya tahu, anak melayu juga ramai yang berjaya. saya bangga sebab saya lahir sebagai orang melayu. saya x pernah menyesal kerana lahir sebagai orang melayu. tidak semua orang melayu bodoh, pemalas, dll.

jika di luar negara, kenapa melayu di sana cemerlang? banyak khabar2 dari luar negara yang saya tonton di televisyen. semuanya menceritakan kejayaan anak melayu di bumi asing. jadi, tidak mustahil untuk kita berubah. yang penting, kita perlu betulkan minda, ubah pemikiran.
tiada yang mustahil untuk kita.

2 comments:

Nadiah.Radin said...

ppl said, whn u are among the minorities, u'll feel the kesusahan and try yr very best to earn a living :)
my opinion, orang Melayu skrg dh terlalu rasa senang, in our country, we are the majority, kurng rasa susah..try to venture and explore outside world, u'll learn the true meaning of challenges of being the minorities..and mentality will change iA :)

p/s: salam ziarah farah..good work, keep on writing..ternmpk link ke blog farah di fs, so i drop by :)

yIpPie fAraH said...

yup that's true!
thnx sudi ziarah..
=)