Sunday, February 1, 2009

apalah nasib...

Salam...

sebelum saya sibuk dengan bermacam macam hal di kampus, saya ingin mengarang meluahkan apa yang saya rasa tika ini.
Apalah nasib?? selalu kita dengar dari mulut orang kan? nasib kita memang x sama. nasib setiap manusia juga berbeza. adakala nasib kita baik, adakala juga, nasib kita x baik. mengapa ia terjadi? tahukah kita Allah menciptakan setiap kejadian itu ada hikmahnya? sesungguhnya Allah itu Maha Bijaksana. Nasib saya juga tidak selalunya indah. adakala saya rasa saya di atas dan adakala saya rasa saya di bawah. Ya, saya akui adakalanya saya sedih kerana nasib tidak menyebelahi saya walaupun saya telah bekerja kuat dan berusaha. contohnya dalam pelajaran. Ayah saya pernah berpesan, USAHALAH KAMU SELAGI KAMU MAMPU. apabila kita usaha lalu kita berjaya, maka (1-1) jika kita usaha tapi kita gagal, maka (1-0). masih ada markah untuk diri kita kan? nasihat ayah itu sentiasa saya pegang walau di mana saya berada.

Apabila saya menonton nasib insan2 di Palestin, saya akui nasib saya jauh lebih baik. mungkin 1000x lebih baik. saya lihat sendiri di kaca televisyen, anak kecil itu menangis teresak esak kerana 4 saudara dan ibu bapanya meninggal dunia akibat serangan israel laknat itu. Lalu, dengan rasa simpati, wartawan tersebut memeluk dan mencium kepala anak itu. saya yang melihat cukup sebak dan berfikir, 'bagaimanakah anak kecil itu menanggung penderitaan yang amat berat seperti itu?' sesungguhnya mereka tidak pernah mahukan peperangan apatah lagi kesengsaraan. apa yang saya mampu ketika ini adalah berdoa dan terus berdoa supaya bumi Palestin itu aman. kadangkala terdetik di benak saya untuk pergi ke sana dan melihat sendiri akan kesengsaraan mereka. lalu, saya mahu menjadi seseorang yang boleh mententeramkan dan mengembalikan semangat mereka. mampukah saya?



Kehidupan bukanlah selalunya indah, dugaan dan cabaran harus ditempuhi sebelum kejayaan dikecapi. adakala air mata menjadi peneman setia ketika diri kita tidak lagi betah menanggung segala yang berkecamuk di fikiran. Yakinlah, Allah akan menolong hamba-hambaNya. insyaAllah...

No comments: