Tuesday, March 3, 2009

Inter College English Debate (ICED 16) 2009


Memegang jawatan sebagai Timbalan Pengarah 1 mulanya dianggap tidak begitu sukar. Namun, tanggapan itu salah sama sekali. Saya dipertanggungjawabkan untuk memantau Eksekutif Program, Makanan, dan Penajaan. Beban mestilah lebih kepada Eksekutif Program. Jika pada ICED tahun lalu, saya memegang jwatan Eksekutif Program, kini pengalaman yang saya ada perlu dicurahkan kepada Eksekutif Program yang baru iaitu Deeya dan Uzair.


Saya tidak menyangka ICED kali ini lebih 'hot'! Kerenah atasan dan debaters yang bermacam-macam memang mengusutkan fikiran. Pada post mortem yang diadakan sesudah tamatnya ICED 09, lebih kurang 5 jam tersebut saya dan yang lain berdepan dengan pelbagai kerenah dan rungutan dibangkitkan. Soal remeh juga dibangkitkan. Keadaan yang agak tegang membuatkan saya bengang. Hal remeh tidak sepatutnya dijadikan isu besar! Apatah lagi sikap manusia yang tidak tahu hormat orang lain, memotong percakapan orang dan berlaku biadab. Jika tidak tahu tugas seseorang itu, tidak perlulah kita mengutuk mereka! Hanya mereka yang melakukan tugas tersebut yang tahu perit maung menjalankan amanah yang diberikan.

Walau apapun, saya berbangga kerana akhirnya ICED16 2009 berjalan dengan baik. Pengalaman lalu jadikan tauladan. Perlantikan saya sebagai pemantau untuk ICED 2010 mungkin akan dipinda kepada orang lain yang lebih layak. Saya tidak dapat menerima amanah tersebut walaupun mendapat sokongan majoriti. Apa salahnya kita berikan peluang kepada orang lain pula.

Terima kasih kepada semua eksekutif yang terlibat dan semua warga ICED 16 2009. Tidak lupa juga kepada semua yang menyokong program ini. Syukur alhamdulillah, semuanya selesai dengan baik.

No comments: