Sunday, June 7, 2009

Dia keliru...

Dia keliru,
Apakah ini semua?
Perasaan apakah ini?
Cinta, sayang, suka?
Oh! dia buntu!
Sesekali dia bertanya,
"Adakah ini hanya mainan perasaan?"
Aku bilang, "Barangkali ya kerna lumrah manusia ingin mencinta dan dicintai"
Dia diam, senyap!
Aku lihat wajahnya,
Sepi! Barangkali sesepi malam yang dingin itu.

Hakikatnya dia tidak yakin dengan perasaan itu,
Dia takut jika dia kecewa,
Aku bilang, "Tidak perlu takut, hakikat perlu diterima walaupun perit!"
Dia bilang "Senanglah kau cakap"
Ya, memang senang untuk berkata-kata,
Tetapi susah untuk berdepan,
Aku juga pernah melaluinya,
Sememangnya ia perit, tetapi itu hakikat yang perlu kau hadapi wahai teman.

Aku masih ingat,
Tika itu, ada insan yang sudi menasihati, mendengar rintihan hati,
Dia faham akan rintihan itu,
Dan aku mula mengerti cinta itu begitu dalam maksudnya,
Jangan bermain dengan kata cinta.

Lalu aku bilang padanya,
Berhati-hatilah,
Jangan terlalu asyik dibuai perasaan,
Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui.

Semoga kau tabah wahai teman,
ini hanya secebis ujian buatmu.

2 comments:

naqiubex said...

Yup.. avoid couple.. avoid zina..
nice story..

Farah Adila said...

naqib: tis is juz a story, might be real story. ;) btw, thnx!