Sunday, June 21, 2009

kalimah itu...

ADA APA DENGAN CINTA

Satu masa telah terlewati
Benci dan rindu merasuk di kalbu
Ada apa dengan cintaku
Sulit untuk aku ungkap semua

Jangan pernah bibir tertutup
Bicarakan semua yang kau rasakan
Cinta itu kita yang rasa
Biar sengsara hati kan merana

Wahai pujangga cinta biar membelai indah
Teladani kalbuku
Jujurlah pada hatimu

Ada apa dengan cinta
Perbedaan aku dan engkau
Biar menjadi bait
Dalam puisi cinta terindah

Andai bumi terbelah dua
Biar kita tetap saling berpeluk

Remaja seringkali dikaitkan dengan cinta. Mengapa? Mungkin kerana cinta itu adalah lumrah alam yang mana lelaki dan perempuan diciptakan untuk saling mencintai dan berkongsi kehidupan. Tetapi dalam asyik melayan perasaan cinta itu, kita juga harus berhati-hati. Adakalanya kita tidak sedar ada hati yang kecewa. Ada hati yang menaruh harapan tetapi harapan hanya tinggal harapan, harapan yang tidak menjadi kenyataan.

Beberapa kali menjadi saksi insan yang gagal dalam bercinta membuatkan aku berfikir. Berfikir dan terus berfikir. Begitu dalamkah rasa cinta Si Gadis tehadap Si Teruna? Aku fikir, barangkali Si Gadis begitu setia dengan cintanya terhadap Si Teruna. Begitu juga dengan Si Teruna. Aku juga pernah menjadi saksi kegagalan Si Teruna dalam cintanya. Simpati? Ya, aku simpati. Aku tidak dapat berbuat apa melainkan hanya secebis nasihat buat pengubat luka. Hanya itu yang aku mampu. Aku juga bukanlah pakar dalam hal percintaan. Masih mentah, dan masih mahu mengenal erti cinta.

Cinta antara lelaki dan perempuan tidak semestinya 'mesti couple'. Jika bersembang dengan rakan yang mungkin boleh dikatakan agak 'Islamic', mereka kata 'couple itu haram', lalu aku tiada komen untuk mengiyakan atau menidakkan kenyataan tersebut. Terpulanglah kepada individu untuk menafsirkan kalimah agung itu sendiri.

Di saat ini, apa yang lebih utama adalah cinta pada Tuhan. Sesungguhnya tiada cinta yang paling agung melainkan cinta kepada Pencipta. Ketahuilah bahawa engkau tidak pernah keseorangan, Allah itu Maha Melihat lagi Maha Mendengar. Allah tempat engkau mengadu.

Aku bukanlah budak yang begitu baik apatah lagi tertib. Aku hanya budak biasa yang sentiasa berusaha untuk menjadi baik.

Sekian...


4 comments:

DilOt said...

cinta yg lebih agung..adalah cinta kepada DIA..

hehe..aku pun bukan pakar sngat bab cinta ni...

tp kalau bercinta tu janganla di bagi terlalu 100%..sangat2 bahaya..kalau dh 100%..nnt semua boleh bg...

kasih...?dh mmg gler2la kan...
sayang...?mcm nak gugur je jntg ni...
badan..??haha..yg ni sgt ditakuti...kalau tak kuat iman..mmg boleh melayang...

awalliwauddin said...

aduhai... cinta?
aku merasakan ramai yang mengangap ia adalah permainan remaja...
aku ade kawan perempuan, tp aku xnk ngaku pun aku die 2 kawan aku kot..
depan mata aku, ari2 bertukar2 lelaki dating.. padahal dh ade real boyfren.. aku tanye rummate die.. kenapa die perangai mcm tu? rummate die kate yang pmpn tu kate "ala, biasa lelaki kecewakan pmpn.. skang pmpn pun boleh" i hate pmpn mcm ni.. ade palk aku tanye mmbr aku, die kapel mmg banyk... respon die setelah aku tanye, time remaja la nk enjoy ngan girl.. pmpn skang sume bukan "bersih" pn nk kapel btl2.. yg pki tudung pun senang hanyut... ntah la.. tp bg aku, aku mmg perlukan cinta, bg ku ia kesempurnaan yng aku dpt semasa aku bcinta dulu...

✖₪ F A R H A N I ₪✖ said...

aku tak pecaya cinta lalalla

tu tajuk lagu je. hohoho

tu la.. cinta zmn skg ni cepat hanyuttttt..

Farah Adila said...

Dilot: wah, anda nampak hebat dlm hal percintaan.. heee

liwau: haha.. ko mmg mcm2 cerita. no komen lah, heheh

pani:uh, jangan hanyut pani!! tidak.. hak3