Wednesday, June 3, 2009

Kanak-kanak itu...


Tika itu kita baru 7 tahun,

Pagi ke sekolah kebangsaan,
Petang ke sekolah agama,
Malamnya pula mengaji Quran,

Bermacam permainan menanti di rumah bersama kawan-kawan,

Teng-teng, baling selipar, galah panjang jadi pilihan,
Di pekan kecil itu kita sama-sama membesar,
Aman jauh dari hiruk pikuk kota.

Erti duka sebuah kehidupan masih belum dimengerti,
Naif sekali,
Pabila usia menginjak 12,
Ligat baru pandai bawa motosikal,
Motor Honda itu kita naik,
Aisyah pemandunya,
Masuk gear 1, terlompat tinggi motor itu,
Tayar depan terangat ke atas,
Aku takut,
Takut jika ibu nampak, pasti ibu tidak benarkan aku bawa motor lagi.

Kami diam, rahsia itu kami simpan,
Pabila besar, aku cerita pada ibu,
Ibu dan mereka ketawa gelihati,
Alangkah manis jika dikenang saat itu.

Usia menginjak remaja,
Bermacam dugaan mula hadir,
Mula kenal erti sabar, tabah, dan kesusahan,
Di situ aku lihat dengan pancainderaku,
Mereka mengharungi roda kehidupan,
Dan di situ juga, aku mula mengerti susah senang kehidupan.

Kini, kita semua sudah menjengah usia dewasa,
Kedewasaan mematangkan kita,
Jangan kau toleh ke belakang lagi,
Teruskan perjuangan kita yang masih belum selesai.

5 comments:

awalliwauddin said...

hahaha!!!!!!!!
Sungguh indah puisi kamu disebalik kiasan..
memang sengaja...
hehehehe...
kerinduan kecil bawa ke besar...

naqiubex said...

Ah.. macam macam perkara yang kita pelajari dari usia kecil hingga ke besar..
Nice one..

Farah Adila said...

liwa: best kn masa kte kecik2.. sweet beb ble igt balik! tp ko x reti bwk moto, bwk moto ecot msuk longkang kt jln mati tu.. ktorng bantai gelak kn ko! kah3...

naqib: yup, itu yg mematangkan kte..

Mr. U said...

Oit cucu usman awang!
De bkt, asah.. hehe..
Memories time kecik2 will always be remained..

Farah Adila said...

mr U: oit halimunan! xde sifu r nk g menuntut! aku tgu naik sem nk blaja dgn samil. bru ade umph~! haha