Wednesday, July 1, 2009

Buah Berangan

salam

"uncle, buah berangan bagi lima ringgit!"
dia angguk,
sebungkus buah berangan dihulur,
aku sambut bersama sebaris senyuman,
dan not lima ringgit aku beri padanya,
"terima kasih amoi"
"sama-sama uncle"

sudah 20 tahun,
dia masih setia,
tidak pernah jemu,
tidak pernah malu,
walau hanya menjual buah berangan.

meredah kesesakan malam nan pekat,
kayuhannya laju,
walau kaki tuanya kian lemah,
dirinya digagahi jua.

matanya ada sinar,
sinar duka lara sebuah kehidupan,
tidak pasti adakah sinar bahagia pernah wujud,
atau langsung tidak,
mengapa?
mengapa?
dan mengapa?
usah diungkit,
dia pasrah,
mungkin itu sudah ketentuan.

suka duka kehidupan,
menjadi mainan insan,
usah alpa,
usah leka,
kerna masih ramai insan yang menderita.

11 comments:

p a n y said...

fara? huhu
semangat berpuisi ni~!

bagus
keep it up gurl~!

Farah Adila said...

pany: heh, saje2 je.. tq2! pani, ko buat la puisi gk! ;)

epol said...

ko jual buah berangan ke?

Farah Adila said...

x, aku beli, pastu aku mkn! sedap! haha

Fadhlah said...

puisi beb

Richeal Phil @ Ritz ^-^ said...

puisi ni bukan ciplak keh?? haha

hanisa said...

suka makan buah berangan

DilOt said...

wahh..puisi...aku kompem gagal sket bab2 puisi ni..hihi...

Farah Adila said...

Richeal Phil @ Ritz ^-^ : idea sendiri, mengarot je. ;p

hanisa: mmg sdp~! ;)

dilot: ala.. ni merapu je.. hehe

Deeya Maaruf said...

x penah mkn buah berangan seumur idop ni.. tp klau berangan mmg tiap2 ari..heheh

Farah Adila said...

deeya: haha.. berangan itu sudah semestinya. try r mkn, sedap! ;)