Friday, December 11, 2009

alkisah seorang kawan

Salam

Alkisah seorang kawan. dia lelaki. aku kenal dia masa tahun 1 aku di UPM.

Masa tahun 1 x rapat langsung dengan kau. tahun 2 (sem 3) pun sama. cuma masa tahun 2 (sem 4), aku mula kenal kau. masa tu, aku memang x faham la dengan kau. kau suka kutuk aku kan? kau cakap muka aku garang, kau cakap spec aku yang frame hitam tu buat muka aku jadi garang, ah.. macam2 kau cakap pasal aku. memang kadang2 tu, hot jugak, tapi kejap je. pastu aku buat x tau. lantak kau la kan nak cakap apa. aku x marah.

tahun 3 (sem 5), aku dah jadi kawan dengan kau. boleh gurau, gelak sama2. baru kau sedar bahawa aku bukanlah sombong apatah lagi garang macam harimau. cumanya, aku akan garang bila keadaan yang mendesak supaya aku berlaku garang.

satu hari.....

"aku nk tanya pendapat kau boleh?"
"boleh je. tp aku kat china ni. sanggup korban crdt ke?"
"xpe la. next time je aku cte kt kau"
"ok, ko cm tensen je. rilek2. balik nti aku msj ko k"

macam2 kau share cerita dengan aku. kau tanya pendapat aku. mana yang aku mampu jawab, aku cuba jawab. seboleh-boleh aku cuba untuk tak hampakan kau untuk menjawab segala persoalan yang sedang berselirat dalam kepala kau tu. mula2, aku hairan juga dengan kau. kenapa boleh serabut sampai macam tu sekali. bukan kah lelaki susah untuk meluahkan keserabutan fikiran mereka kepada sesiapa? oh aku mula faham. itu menandakan yang kau memang sedang dilanda kebuntuan dan keserabutan yang extreme! masa tu juga aku rasa kesian dekat kau. entah apa dah jadi dengan kau wahai kawan!

dan sekarang, kau dah lega sebab segala persoalan yang berselirat dalam kepala kau tu dah terluah dan sudah selesai (hopefully). aku happy dapat kenal dan ada kawan macam kau. banyak yang aku pelajari dan makin bertambah lah lagi pengetahuan aku tentang erti sebuah kehidupan. atau lebih tepat lagi mengenai kehidupan seorang insan bernama lelaki.

kalau kau baca ni, aku x tahu apa ekspresi kau. hopefully kau tak marah aku tulis kat blog ni. okeh, hopefully everything will be fine. dun forget, appreciate her ok? jangan nakal2 sgt! (aku tau ko faham maksud nakal tu). hahaha..

okeh, tu je. babai~

1 comment: