Wednesday, May 12, 2010

ohh ibu! ;))

salam

walaupun hari ibu dah lepas, aku nak gak buat entry sempena hari ibu. jasa ibu memang tak terbalas. terlalu banyak. terima kasih ibu untuk semuanya.

Masa aku kecik2, memang aku suka main. suka sangat. aku jeles kalau mak org lain bagi anak diorang keluar main seawal jam 3 petang. aku?? ibu bagi aku keluar main pukul 5 ptg. x best laa kan?? haha.. masa orang lain dah pandai bawa motor, aku nak bawa motor jugak. tapi ibu x bagi. tunggu lepas UPSR! bila lepas je UPSR, memang aku tuntut. aku bawa motor, xda orang ajar. start enjin, masuk gear, press minyak, jalan! bila aku dah besar, aku fikir2 balik. nasib baik mak aku garang masa aku kecik2 dulu, kalau x, aku x tahu la apa nak jadi dengan aku. belajar dah la malas. tau main je. nasib baik jadi orang.


Masa aku sekolah dulu, ibu la orang paling gigih anta dan amik aku serta adik2 kat sekolah. time tu Hanif sekolah rendah lagi kat sekolah cina Sri Gading. Fikri pulak SMK Sri Gading. aku pulak kat TIGS. bila hari Jumaat, ketiga-tiga kami akan balik pada waktu yg hampir sama. so aku boleh kata ibu tawaf dari Sri Gading sampai la ke bandar Batu Pahat sebab nak amik anak2 dia punya pasal. Kalau ayah x bz, baru la ayah amik aku kat sekolah.


Bila aku belajar jauh, dah x duduk rumah, kalau aku teringin nak makan apa2 mesti ibu masakkan. memang best. ibu tahu anak dia kuat makan. suka makan. pernah ibu sound aku 'kat sana ko x makan ke farah? balik rumah dah macam pelarian' hahaha.. aku pun cakap 'kat sana makan untuk elak perut lapar. nak makan best, mana ada best. best pun mahal!! x sedap (tapi telan la jugak kan). so balik rumah adalah masa untuk aku meratah segala makanan yang ada. ohh agak pelahap di situ. xpe la. asalkan mak aku x risau. ibu akan risau bila aku lambat makan, x makan, sebab nanti akan angin satu badan. mula la sakit kepala, dan ntah hape2 lagi.

Bila aku duduk jauh gak, aku rindu nak dengar ibu bebel. mak mana x membebel kan. normal lah. membebel makna sayang. cuma lelaki dengan perempuan cara nya berbeza. kalau bapak, mana ada bebel2. cool suda. kan bapak kan? hehe..


terima kasih ibu for everything. im a grown up lady now. lady ke? apa2 la.. saya sayang ibu saya.

2 comments:

°° ♥ p a A n i ♥ °° said...

saya pun sayang ibu awak ;)

faRahAdILa said...

hehe pani. sweet lah ko ni