Tuesday, June 22, 2010

Dah tengok belum??

Salam


Wooo haha! Text message! Hp aku berbunyi.

Ijat rupanya. Ingatkan pakwe aku. Eh mengarot2! Okeh serius balik.

Ijat: Fara, jom tengok karate kid!

Aku: Bila?

Ijat: pas Zuhur ke.. ajak la sape2..

Aku: okeh set. Nanti aku mesej Yana.

*********************************************

Movie 1: Lagenda Budak Setan

Movie ni adalah adaptasi dari sebuah novel karya Ahadiat Akasyah. Dengarnya novel ini sudah belasan tahun. Tapi aku sendiri belum berkesempatan untuk membaca novel ini. Ramai kawan-kawan aku cakap, baca novel LBS tu lagi puas hati dari tengok movie. Ok lah fine, aku x leh kata apa sebab aku pun x baca lagi novel tu. Hanya mampu menonton movie nya sahaja. Overall, best! Mampu buat hati penonton tersentuh, dan mungkin ada yang menangis. Biasalah, percintaan memang sentiasa akan diuji. Lagu pun memang best, tip-top. Aku pun suka layan lagu 'Bila Cinta' tu. Agak-agak kalau nak layan jiwang, memang sesuai lah dengar lagu ni. Masyukkk kata orang. Hehe!


Movie 2: Karate Kid

Superb! Teringat masa aku dan keluarga menjejakkan kaki di Great Wall of China dan Tian-men Square tu. Banyak pengajaran daripada movie ni. Disiplin diri amat penting dan itulah yang diamalkan oleh masyarakat Cina. Apabila kita tahu berkungfu atau berkarate atau apa sahaja ilmu untuk mempertahankan diri, gunakanlah sebaiknya. Jangan sesekali mencederakan orang lain. Sekian pesanan penaja. Heheh.. oh ya, Jackie Chan dah tua kan? Tapi lakonan dia masih mantap.


Sekian, sila dengar ini jika anda mahu layan jiwang.

No comments: