Friday, July 9, 2010

Mitos atau kenyataan?

Salam.


Waktu cuti semester, macam biasa lah, aku dan Ijat (Izzati ye bkn Izzat) suka merayap. tengok wayang, teman pegi interview, dan macam2 la. aku cakap dekat Ijat, aku malas la nak keje luar dari Batu Pahat ni. Kalau gaji kecik, cmna nak survive? kalau aku duduk jauh2, gaji kecik, duit gaji aku abis mcm tu je. sekarang aku nak usha keje kt BP dulu. kalau dah terdesak kena blah dari BP ni, baru aku blah.


Pastu Ijat cakap, anak 1st memang cmtu kot. macam kak aku. nak posting (cikgu) kat BP gak, nak duduk rumah, malas duduk jauh2. kawan aku pun sama. orang Kedah. matrik kat Kedah, praktikal pun kalau boleh nak kat kedah jugak. (eh, aku matrik kat Perak tau! jauh tu!) pastu keja pun nak kat Kedah jugak.


Aku pun terfikir balik, manja ke aku? suri pun penah cakap dulu. dalam ramai adik beradik yang paling manja kadang2 tu adalah anak sulung (lagi2 kalau dia perempuan). huh, xtau la. kadang2 aku fikir punya fikir, hidup ni jangan selalu dalam keadaan selesa je. macam blogger hebat lagi macho (zack zuhairi) cakap, dalam kehidupan ni, jangan play safe sangat. okeh, betul kata beliau. nanti x mencabar. bosan.


Dalam masa yang sama gak, nak kira play safe ke x, kena tengok keadaan. kalau gaji yang di offer setakat RM 1.6k, berjawatan Global Support Executive dekat salah sebuah bank di KL, macam mana nak survive oi? boleh tu boleh. tapi duit kau akan mengalir macam air lah. bila masa kau nak menyimpan?


Berbalik kepada isu asal, adakah anak sulung mahu sentiasa di bawah ketiak mak bapak? Ya atau tidak sendiri rasa lah. Bagi aku, aku bukan anak yang terlalu manja. aku sedar kedudukan aku sebagai sulung dan mak bapak aku pun treat aku untuk berdikari, dan pikul tanggungjawab yang diberi. Bukan aku mahu duduk bawah ketiak mak bapak aku sepanjang masa. cumanya aku berfikir sejauh yang mungkin untuk sebuah masa depan yang berharga. (ceh, poyo kan?haha) misal katalah, satu hari nanti aku kawin dengan orang jauh pun, aku kena ikot lah. x kan aku nak derhaka plak kan? time tu, mesti dah lebih matang, x da maknanya nak mengada-ngada. kalau mengada gak, mau mak hambat je dengan pelepah kelapa tuh! haha. ok keterlaluan tu. tipu.


Kesimpulannya, kau memang kena fikir betul2 pasal masa depan. jangan main tangkap muat je. nak mencuba tu x salah, tapi biarlah berpada.


sekian, terima kasih! babai~

2 comments:

radin izzati said...

izzati's coming..kehkeh

Farah Abdullah said...

oi, update blog r. rindu r nk bce kalimah2 jiwang dr ko. hehe