Sedang manusia sibuk mengais wang demi sesuap nasi
Sedang manusia khayal dengan ketaksuban duniawi
Tekad dan kecintaan pada dunia seni tetap di sanubari
Seni itu menenangkan
Dan adakala berbaur emosi
Aku tidak tahu mencoret bait indah, aku tidak pandai melakar potret di kanvas suci,
Aku tidak reti mengalunkan puisi, tetapi aku hanya mampu menconteng idea di mana saja aku suka
Kerana jauh di sudut hati, aku amat mencintai dunia yang dipanggil seni.
Aku hanyalah pemerhati, bukan penilai.
Kerna aku adalah insan biasa yang sekadar meminati dan menghargai nilai sebuah kesenian.
3 comments:
pergh
syahdu sungguh ayat ko
mengusik nubari nih
hehe
ayat ko pon dah penuh seni dah nih...ha3~
syamil: uih.. menusuk sanubari? kah2.. poyo la.
aida: bersenikah? saje2 je. ade idea, aku conteng lah kt blog ni. hehe.. ko pn try la. :)
Post a Comment