Sunday, September 5, 2010

al-kisah menyambut Ramadhan

salam


Bila aku kira-kira balik, rupanya adalah dalam 4 tahun aku menyambut Ramadhan bersama kawan-kawan. Ini dek kerana kepergiannku menuntut ilmu. Ohh puitis tiba2. Tahun 2006, Ramadhan disambut di sebuah daerah kecil bernama Gopeng di negeri Perak. Pengalaman yang amatlah mengharukan jiwa. Amatlah jauh ye kawan-kawan sekalian. Sebelum tu, mana lah pernah berenggang dengan keluarga dan tiba2 dicampak nun di Gopeng-hagen. Tabah je la kan. Kawan-kawan kan ada. :)



Kemudian, Ramadhan disambut di sebuah daerah maju bernama Serdang. rasa homesick tu dah kurang. Bukan takde, tipu kalau takde. 3 tahun menyambut Ramadhan di Serdang. Macam-macam aku rasa. Tapi banyak yang best lah. Nak-nak bila dah tahun 2 dan 3. Langkah tu dah makin panjang kata orang. Petang-petang pergi merempit ke Bazar Ramadhan Sri Serdang. Kalau malas, beli je lah kat cafe kolej. Kalau rajin tahap dewa, masak! MASAK wei.. kami MASAK! Bangga jap.



Dan kini, aku sambut Ramadhan kat rumah. Dalam hati ada jugak terdetik, nasib baik x tercampak kerja jauh2 lagi. Kalau x, haru lah jugak. mesti sayup je hati aku ni. Bagi lah chance kan setelah 4 tahun aku sambut Ramadhan kat perantauan. InsyaAllah tahun2 akan datang aku dah lebih tough untuk sambut Ramadhan kat perantauan pulak ( tengoklah rezeki camna kan).



Begitulah al-kisah Ramadhan aku. Lebih kurang sama jugak dengan anda yang senasib dengan saya. Walau macam mana pun, itulah manisnya sebuah kenangan menyambut Ramadhan di perantauan. Takde kau nak gedik2 mintak mak kau masak itu ini. Pergi bazar pun kadang2 tu dah xtau nak makan apa. balik2 benda yang sama. Apakan daya, sebat je lah apa pun. Janji perut terisi. Bersyukur dengan apa yang ada. Kan?



Ok dah. Tu je~~


p/s: ohh senang rupanya buat puding jagung. huahahaha

2 comments:

Pencacai Alim said...

berpose di perantau mmg best..time blk raya naik bas ekpress mmg best...

faRahAdILa said...

pencacai alim: tuh part plg excited! psl nk balik rumahhh!!