Thursday, September 30, 2010

kata-kata melalui tulisan

salam

kenapa saya tulis blog? mungkin sebab saya suka menulis. kadang2 tiada apa pun yang saya tuliskan. kadang2 ya, saya ada idea. dan saya suka lontarkan. kerana tidak semua benda rasanya perlu diceritakan melalui kata2 yang keluar dari mulut. maka terlontarlah kata2 melalui tulisan di sini.

kadang2 saya rasa separuh dari diri saya ini tertarik dengan dunia seni. saya suka membaca puisi. apatah lagi puisi yang dikarang oleh mereka2 yang sememangnya berjiwa seni. saya juga mudah tertarik dengan lukisan. adakalanya bagi saya lukisan itu sesuatu yang menenangkan. saya juga gemar mendengar alunan muzik yang mampu mendamaikan jiwa. tetapi saya tiada kemahiran itu semua. saya tidak pandai mengarang puisi indah. saya tidak pandai melukis. saya juga tidak tahu bermain muzik apatah lagi mencipta lagu. saya hanya insan biasa yang tiada kemahiran seni dan telah terjebak dalam ilmu sains tulen sejak di tingkatan 4. cuma apabila di universiti saya terpesong ke arah perniagaan dan pertanian.

siapa sangka saya yang kelihatan ceria dan peramah ini meminati itu semua? ramai yang tidak menyangka. luaran saya yang nampak agresif. tapi siapa tahu jiwa saya? ya, sifat luaran tidak menggambarkan segalanya. hati saya mudah cair, jiwa saya meruntun pilu tiap kali saya membaca kisah blogger2 yang hidupnya dilanda dugaan hebat. saya terlibat dalam dunia blog bukanlah kerana apa, hanya kerana saya tertarik dengan cara penulisan dan cara penyampaian yang berbeza. ya, kadang2 sesebuah penulisan mampu menginsafkan saya, memotivasikan saya, lalu membuatkan saya berfikir dengan lebih dalam.

bagi saya, berdiri sebagai anak sulung dalam keluarga adalah sesuatu yang mencabar. perlunya keberanian, ketahanan, tidak mudah mengalah, dan macam2 lagi. melalui pembacaan saya di dunia blog, terlalu banyak yang saya pelajari dan selami. baca blog sana, saya ketawa, saya senyum seorang diri. baca blog sini, hati saya sedih. saya termotivasi sendiri.

kerana itu, saya masih di sini. walau tiada catatan dari saya, saya gemar membaca catatan anda. teruskan menulis.

2 comments: