Saturday, October 23, 2010

Kuat! Ye, kuat!

Salam


 

Back to my hometown again! Minggu depan tak dapat balik, so balik minggu ni. Penat? Jangan cakaplah. Tapi aku kuatkan jugak hati ni. Sampai bila nak sentiasa depend kat orang? Bagi aku, selagi ada kemampuan, ada keupayaan, redah je!


 

Hidup? Kadang2 x menentu. Penat kan nak fikir pasal kehidupan. Kena cari duit, tu belum lagi ada laki, ada anak. Ha kau ingat senang ke nak tempuh kehidupan? Senang ke nak cari duit? Sekarang kau rasakan. Bila orang cerita pasal ahli keluarga sakit, automatic, aku boleh faham apa dia rasa. Sebab aku juga pernah merasainya dahulu. Lagi2 bila anak sendiri yang sakit. Aku lihat dengan mata sendiri bagaimana ayah dan ibu menanggung rasa bila adik aku sakit dulu. Sanggup korban apa saja semata-mata nak tengok zuriat sendiri sihat macam kanak-kanak lain. Cuma satu yang aku boleh katakan, kita mesti kuat, redha dengan apa sahaja dugaan yang datang menjengah dalam kehidupan ini. Dan kita juga perlu sentiasa ikhtiar macam mana nak keluar dari situasi yang membelenggu diri kita.


 

Dan kini, setiap hari, setiap jam, setiap waktu malah setiap detik sekalipun, aku sentiasa berkata pada diri sendiri yang aku mesti kuat. Kuat untuk menempuh hari2 mendatang yang bakal hadir dengan seribu satu cabaran dan dugaan. Jika orang lain mampu, kenapa aku tidak? Berusahalah!


 

Masa kecik2, bila ditanya mengenai cita2, masing2 akan jawab, nak masuk U! Bila dah masuk U dan dah abis belajar, apa cita2 kau? Haha. Kau gelak? Otak kadang2 tu tepu bila fikir masa depan yang kita x nampak entah macam mana. Dan sekarang aku berada pada situasi tersebut. Kerap juga aku berkonflik dengan diri sendiri. Mujur ada parents yang sentiasa support dari belakang dan member2 seangkatan yang mampu rasa lalu merasakan apa yang aku rasa. Serius, bila dah dapat degree x bermakna kau akan happy sentiasa. Itu tidak benar. Once kau dah dapat degree, bermakna tanggungjawab kau akan jadi lebih berat. Kau akan mulakan langkah kau sebagai orang baru, dengan pemikiran yang lebih matang lagi rasional. Faham?


 

Weh member2, thanx sebab kau care kat aku. Kau yang selalu mintak aku keluarkan 2 batang pen time final exam, terima kasih jugak. Even kau jauh beribu kilometer, kau masih ingat jugak kat aku sbg member gossip kau kan? Kadang2 aku terharu dengan semua ni. Nanti aku buat entry al-kisah sebatang pen. Haha..


 

Ok dah, tu je. Selamat berhujung minggu.

No comments: