Wednesday, December 29, 2010

Selamat Hari Lahir Ayah!

Salam


27 Disember adalah hari lahir ayah saya. Selamat Hari Lahir Ayah! Having a supportive father is much appreciated. Ayah saya bukan orang pandai. Dia orang kampung. Tapi dia berani redah kehidupan. Macam-macam dia dah tempuh. Kadang2 saya rasa nak nangis bila dengar kisah lampau ayah yang sarat dengan cabaran dan dugaan (ah cengeng la ko). Sebab tu ayah x nak tengok anak-anak dia lemah. Dia mahu anak-anak dia kuat. Meredah kehidupan mengikut kemampuan. Selagi terdaya, kau redah. Macam tu lah.


Kadang2 saya manja. Saya sulung, dan saya seorang anak perempuan ayah. Ayah boleh baca apa dalam fikiran saya. Sejak saya sudah kerja, ayah kadang2 masih hulur duit. Saya x minta tapi ayah yang beri. Rezeki bukan? Hehe.. yelah, ayah mana x sayang anak? Dia tahu yang anak dia ni kadang2 sengkek x ada duit. Sayalah yang merantau duduk jauh dengan keluarga sejak tamat Form 5. Tercampak di utara, di tengah, dan Alhamdulillah saya masih boleh bertahan. Seorang ayah tidak akan sama seperti seorang ibu. Prihatin seorang ibu itu nampak jelas dan nyata. Tetapi prihatin seorang bapa, tersorok. Mereka lebih senang memerhati dan menegur dengan cara yang berlainan. Bila saya fikir-fikir balik, mampukah saya menjadi seperti mereka?


Terima kasih ayah untuk segalanya. You are the best father in the world. Ayah memang world!


bapak & anak

2 comments:

adias said...

hepi besday to ayah kamu..(adia santiago,2010)

Farah Abdullah said...

tq cik adias! :)