Wednesday, February 9, 2011

Part 1. Permulaan di kota

R.E.S.I.G.N. Jelas lagi nyata. Best sangat.

Apa ada pada kerja? Ya, bagi yang belajar tinggi2 sampai menjulang langit sekalipun pasti inginkan pekerjaan apabila tamat belajar kelak. Cerita aku, sama. Tiada bezanya. So here it goes.

4 Oktober 2010. Seminggu sebelum majlis konvo, aku mula kerja dengan Rimau. Yang x bestnya, aku diberitahu agak lewat, iaitu 3 hari sebelum 4hb tu. Nasib baiklah dulu aku belajar kat Uni Paling Mahal. Jadi member2 tuh ramai. Mula2, aku tumpang rumah member aku. X pun aku merempat kat bilik ex-rumate aku. Seminggu pastu baru dapat rumah kat Tmn Sri Serdang. Sebulan jugak aku berulang dari Serdang ke LRT Sg Besi. Tak lama lepas tu, sepupu aku carikan rumah yang cukup kemudahan dan dekat dengan rumahnya. Housemates pun OK! Thank God! Until now, aku masih duduk di rumah yang sepupu aku carikan tu sebelum aku balik terus ke kampung halaman tercinta! Weehuuu!


Selama aku kerja, banyak yang aku belajar. Apatah lagi aku bergaul dengan orang2 yang lebih tua yang jauh lebih matang pemikiran mereka. Tak sampai sebulan, aku cakap dalam hati, ni bukan dunia aku. Apa pasal aku cakap camtu? Sebab aku x suka duduk terkurung mengadap computer bagai. It was sux! Aku suka lagi pergi ladang. Hah, kan dulu kata amik kos perniagaantani. Memang lah kan! Orang tanya aku, "dahtu, apasal kau gatal pergi apply Rimau tu?" aku jawab, "saja, nak try cari pengalaman". Pasal aku memang niat yang aku hanya mahu mencuba. X sesuai, memang aku blah. Dan terbukti, memang x sesuai. Haha.. orang kata dalam kerjaya jangan main cuba2. Bagi aku, kalau kita x cuba, macam mana nak tahu. Dunia ni kena explore. As long as kau x rasa terancam, kau rasa boleh go on, kau cuba. Redah je beb. Kalau kau dah x boleh nak redah, kau fikir sebaiknya dan kau buat keputusan yang kau rasakan paling bernas. Selain itu, parents pun kau kena utamakan. Jangan lupa mereka yang paling banyak berjasa dalam hidup ni.


Awal2 aku nak mulakan kehidupan kat sini, memang down gila. Seriously, belajar x sama macam kerja. Belajar, everything is provided. Kau lapar, turun tangga hostel, kau pegi café cari makanan. Kawan2 sekepala pun ramai. Kerja? Tidak! Kau balik kerja, badan dah letih, fikiran pun dah letih, telinga pun letih, nak makan pun kadang malas. Pastu bila dah penat sangat sampai mata x boleh buka, tidur la kannn! Nasib baiklah ayah bagi aku bawak kereta ibu masa awal2 aku kerja dulu. Kereta tu dah macam rumah nombor 2 aku.


Terlalu banyak yang aku belajar. Motivator aku yang paling handal adalah apak aku sendiri. Tiap kali apak cakap itu ini nasihat bagai, pehhh mulalah air mata aku nak merembes keluar. Aku malu kalau aku nangis depan apak. Itulah anak perempuan nan seorang. Nampak kental, hati macam tisu.


Okeh dah. To be continue. Panjang2 nanti bosan plak. Bye!

No comments: