Saturday, March 19, 2011

Tanya pada hati


Assalamualaikum

Kalau orang tu dah x perlukan kau lagi, kau kena faham. Jangan terhegeh-hegeh. Kalau nak buat malu muka sendiri pun biarlah berpada-pada. Kau tanya pada hati, kalau hati kau kuat mengatakan dia, kau sabar. Jangan terburu-buru. Tak akan lari gunung dikejar. Eh, orang dikejar. Hehe.

Kadang-kadang juga, manusia ini cakapnya suka keliru. Sekejap cakap lain, lepas tu kata lain pulak. Jangan salahkan dia 100%. Sebab kadang2 dia buat keputusan terburu-buru. Dia luahkan rasa dalam keadaan tidak tenang. Dek kerana desakan persekitaran yang adakalanya boleh membuatkan kita goyah. Sukar kan. Inilah sebenarnya kehidupan. Kau kena fahami dan selami apa isi sebenar dan kata ikhlas dari lubuk hatimu itu.

Walau macam mana sekalipun, kau ingatlah kau ada keluarga, ada teman-teman, dan yang penting ada Allah yang sentiasa berada bersama kau. Oleh itu, kau harus kuat kerna inilah hakikatnya kehidupan. Tiada yang senang dan tidak semuanya susah.

No comments: