Monday, May 16, 2011

You’re my teenage dream


You're my teenage dream.

Kenapa aku cakap macam ni? Emmm.. Nak tahu apa impian dan angan-angan gedik aku masa zaman belasan tahun? Haaa.. aku berangan-angan nak kawin dengan kampung boy. Kampung boy yang kalau boleh kat area rumah dia tu banyak pokok buah-buahan dan jauh dari hiruk-pikuk kota. Lagi best kalau kampung si kampung boy tu ada sawah padi. Peh! Terbaik!!

Kenapa aku berangan-angan macam tu? Sebab masa aku kecik2, aku sangat suka balik kampung tok belah mak aku. Kg Sungai Kajang namanya. Kat kampung aku tu ada pokok kelapa, kadang2 aku dapat makan kelapa muda yang isinya super best tu. Lepas tu ada pokok koko. Sedap buah koko tu. Isinya putih. Depan rumah tok aku ada pokok jambu air. Petang2 kalau aku boring, makcik aku suka ajak aku pergi petik jambu. Masa tu umur aku 4 ke 5 tahun. Sambil petik tu, kadang2 terus ngap masuk mulut. Bila dah kumpul jambu tu banyak2, bawak balik rumah tok dan kitorang makan dengan jeruk ke kicap pekat lagi pedas tu. Sedap! Lagi.. rumah tok aku sejuk! Air kolah tu sejuk! Aku suka. Kalau petang dah nak maghrib, kadang2 aku suka menyibuk nak ikot tok pegi halau ayam masuk reban. Tapi selalunya tok x bagi ikot. Oh ye, kat belakang rumah tok ada pokok pisang. Seberang rumah tok tu ada parit. Tapi air dah kotor la. Mak aku cakap masa dia kecik2, kadang2 dia mandi parit depan tu. Time tu air parit mungkin masih bersih.

Bila tok dah x ada, aku sedih. Dah x dapat nak balik kampung lagi. Kampung tok belah ayah aku nun kat pekan je. X adalah merasa kampung sangat. Tak ada pokok buah-buahan. Kerana itulah, aku berangan-angan nak cari suami yang bercirikan kampung boy. Hehe.



comel kan? ;)


Sekian angan-angan gedik aku di usia belasan tahun. Kalau Allah makbulkan apa yang aku angan-angankan dan aku hajati ini, aku bersyukur ya amat! tapi, x mau lah jenis yang kotor. Orang Jawa kata 'kemproh' lagi 'semberono' . <eh cerewet plak engko!>

Adakah aku sudah jumpa kampung boy itu? Hmmm.

5 comments:

aWaLLiWauDDin said...

Salam fara..
Long time no see ya... haha
Nakal rupenya ko ni yer..
Silap2 umah orang punye kebun buah pon ko sebat... hehehe

faRahAdILa said...

wsalam.
yup2 long time no c.. haha..
kebun rumah org aku x penah geledah lg, tp kebun upm mmg aku dah geledah. buah masak ranum rugi x amik. hoho..

Harith Z. said...

kenape nak tumpang kampung husband ko? ko duk je kat tempat yang ko idamkan tu. senang nk wat reu.. ak target umor 20 ak nk duk kg dah. =)

Harith Z. said...

typo. umoq 30+/-

farah said...

harith: tanah mana aku nak dirikan buat rumah? nak x nak kna bli tanah gak. umo 30 nak ddk kg? gud! aku jrg dgr anak kl nak ddk kg. insyaAllah one day hajat ko akn kesampaian. ;)