Saturday, June 18, 2011

orang kampung!

Assalamualaikum.

Aritu pegi uni tempat aku belajar dulu, jumpa Prof Ariff yang ajar subjek Isu2 Semasa Perniagaantani. (ajar ke? pantau dan share ilmu lebih tepat kot. sebab subjek ni more to self-learning, every two weeks akan ada presentation and discussion). waktu hulur doc untuk pengesahan, dan prof tilik jap doc tu, tiba2 Prof tanya aku,

"dulu awak sekolah mana?"
"sekolah?"
"iya."
aku jawab full. smk perempuan temenggong ibrahim. skema. sebab aku yakin, kalau sebut tigs, org luar x akan tahu.
"saya High School dulu." Prof sengih
"ohhh yeke. ha saya tigs. kita jiran la prof." aku pulak excited.
"waktu saya dulu, 2 sekolah tu je ada di Batu Pahat. saya form 6 di Johor Bahru."
"sekolah apa prof? english college (EC) ke?"
"aah. tahun 1964 macam tu."
"ooo yeke." muka excited sambil angguk2.
"dulu kalau nak further study, memang kena masuk form 6. waktu tu Batu Pahat x ada lagi form 6."
"prof buat degree kat mana dulu?"
"di UM. kemudian saya buat master dan phD di US."


aku telan air liur jap. dalam hati kata, 'power ooo prof ni.'

begitulah ceritanya. tapi aku x tanya lah pulak kampung prof kat belah mana. haha. macam kepochi la pulak nanti kan. tiba2 nak bangga kejap sebab prof orang bp (perlu ke?) ;p

esoknya menyemak pegi jumpa Tn Hj Haron plak. nasib baik dia ada kat bilik. Tn Hj pun orang BP gak.
"rumah awak kat mana?"
"aaa area2 maktab perguruan." (kalau ckp nama taman msti xtau punya)
tn hj angguk2.

pastu sembang la macam2. pasal kerja zaman sekarang. pasal further study. pasal life dulu dan sekarang. macam2. dia kata zaman sekarang ni,
"apa yang u belajar, x semestinya u akan dapat kerja yang betul2 sama dgn course yang u amik masa di u"
aku memang setuju!
"contoh, u dulu kerja di maybank, apa kaitan perniagaantani dengan maybank?"
"hahahah. saya xtau prof, saya apply, diorang panggil interview. pastu offer saya kerja"
"then kenapa u quit?"
"saya x minat. try2 je dulu. hehe"
"ha u x tau berapa ramai orang yang grad finance, akaun, yg related dgn banking tp xdpt keja dgn maybank?"
kitorang gelak la. apa lagiiiiii.. hahah

dan banyak lagi yang kitorang sembang. tn hj ni cakap memang direct. tapi kitorang x adalah nak sentap ke hape sebab dia org tua. dia lagi banyak pengalaman. juz like an advice from a dad to a daughter. satu benda yang dia pesan, 'dalam apa pun u buat, there is no short cut. u kena work hard to get what u want'.

betul lah. cari apa kita mahu. apa kita minat. maka kita x akan buat sesuatu itu tanpa rasa benci. kalau susah pun, kita akan usaha juga. kan?

aku memang suka sembang dengan orang tua. benda berilmiah lah. benda gosip, nak compare2 kan anak2 orang kampung bla3 tu hmmm xpe lah.

ok dah. bye!

2 comments:

stuck said...

owg kuat bergosip mmg cmtu...hahhaha~ ;P

Farah Abdullah said...

hahah... ni semua sbb masuk tigs! kalo x, mst x kepochi! (tetibe)