Wednesday, June 22, 2011

perubahan

assalamualaikum.

perubahan.
nampak senang, sebenarnya susah
untuk menjadi yang lebih baik dari semalam
supaya menjadi insan mulia disisi agama
bukan mudah meraih hidayah Dia
kerna hidayah itu Dia yang beri
moga jiwa kuat tidak rapuh
moga hati kental tidak lemah
suatu hari nanti, insyaAllah
semoga dipermudahkanNya.

yang baik tidak akan kata dirinya baik
yang jahil kadang kala mengaku dirinya jahil
tak pakai tudung tu jahil? zalim? tidak semestinya.
pakai tudung besar dan tampak alim tapi dalam facebook terang2 tunjuk in a relationship with dot dot (pakwe).
macam mana tu?
diri ini bukan lah baik mana, masih jahil lagi
apatah lagi untuk dikategorikan alim
di saat ini,
aku tahu kenapa aku ditemukan dengan insan bernama afidatul mardhiah
satu hari dulu jiwa memberontak
seolah semuanya tidak kena
terlalu awal dan adakalanya rasa didesak
bila umur begini, otak mengingat semula
iya, seribu rasa bermain di benak ini
terima kasih kerana Tuhan temukan aku dengan dia
dia lah yang pertama menyuruh aku mengimamkan solat.
itu yang pertama dan terakhir buat masa ini
aku masih belum berani dan aku masih belum kuat.
moga aku akan kuat satu hari nanti.

2 comments:

epol said...

insyaallah..aku doakan ko dapat istiqamah..nak berubah bukan masa yang singkat..

Farah Abdullah said...

yup. betul. mcm member aku ckp, slow2. kdg2 manusia brubah drastik ni, anytime blh terpusing balik. amin.