Thursday, June 16, 2011

Selamat Hari Bapa

Assalamualaikum.

hari tu dah cerita pasal hari mak. sekarang cerita hari bapak pulak.

"kenapa kau admire bapak kau? bapak kau hebat sangat ke?"

sebab bapak aku hebat lah aku admire bapak aku. haha. (menyampah? x lah. semua orang akan kata bapak dia hebat! bapak dia hero! kan?)

dear bapak,
terima kasih untuk semuanya.
sejak aku mula hidup berdikari dan jauh dari rumah, baru aku sedar kenapa bapak didik kami adik beradik supaya tidak jadi manusia pemalu dan penakot.
bapak memang train aku adik-beradik supaya tidak jadi manusia penakot dan pemalu. masa kecik2, kalau nak pergi bayar makanan kat kaunter pun takot, memang akan kena marah. even tiap kali pergi bercuti, bapak akan suruh aku ikot dia sekali pergi check-in. dan bila aku dan besar sikit, dah sekolah menengah, aku buat sendiri. bapak turunkan aku dan adik yang besar dekat main entrance, bagi IC dia, bagi duit untuk deposit, dan dia akan tunggu dalam kereta. masa mula2 buat, aku menyumpah la jugak. sebab x ada confident dalam diri. tapi bila dah biasa buat, dan tengok surroundings, masih ada juga kawan sebaya yang takot2 dan kurang confident untuk berurusan dengan org. maka, aku bersyukur sebab bapak train aku macam tu. kalau x, mesti aku pun penakot.

bapak ada sebab kenapa dia train kami macam tu. sebab dulu dia budak kampung. miskin. confident diri pun kurang. ambil masa untuk dia develop confident diri sendiri. jadi, bila dia ada anak, dia x nak anak2 dia jadi macam dia suatu ketika dulu.

bapak jugak jarang marah. tapi bila sekali kena marah atau kena bebel, memang boleh bikin sentap. dan banyak lagi sebab lain kenapa aku admire bapak. aku pernah cerita dekat Yati kisah bapak. sebab aritu kami ada terbuka cerita pasal bapak yang kuat merokok dan bapak kami yang pernah kerja di Singapore sebagai buruh kontrak suatu ketika dahulu. kisah hidup bapak hampir sama dengan rakan2 seperjuangan dia yang lain. mereka tidak sekolah tinggi, tetapi mental mereka itu kuat, kerana itu mereka mampu ukir kejayaan untuk diri sendiri.

baru2 ni aku tertengok drama kat TV2. aku touching. ya, semua bapak akan melindungi anak2 dia. dalam drama yang lain pula ada mengatakan, "bukan senang untuk  menjadi seorang bapak"

dalam kehidupan harian, kita selalu dengan ibu, emak. kadang2 kita lupa akan orang yang keluar cari rezeki. dan orang itu adalah bapak.

AYAH,
SELAMAT HARI BAPA.
I LOVE U.

No comments: