Friday, July 29, 2011

Dunia penuh misteri


Dari sehari ke sehari, aku rasa macam-macam benda. Entahlah.

Firstly, aku rasa bertuah amat sebab blah dari maybank. Lepas blah dari maybank, aku kerja dengan bapak. Kebetulan kerani bapak dah berenti dan buat bisnes sendiri, aku take over bahagian management. Bab dekat site haram aku x tahu. Tapi ada jugak pergi site, just sign attendance site visit and then baru boleh beli sebut harga. Apa itu sebut harga? Google sendiri lah. Siapa kata bab management senang? Mari sini aku bagi sedar bahawa management dalam business itu bukan mudah. Entah berapa kali aku kena marah, kena sound dengan bapak. Bapak bilang aku tidak focus kerja. Alasan aku, aku tidak minat. Kepala batu x aku? Ya. Pernah nangis? Mesti pernah. Aku kan gembeng. Haha. Tapi aku belajar banyak benda sebenarnya. Terlalu banyak. Betul apa bapak cakap dulu, "kau kerja dengan ayah lagi banyak kau belajar." Aku ingat. Dan ianya terbukti benar. Sekarang ni, aku makin berani. Kalau aku berurusan dengan orang, orang tu lemau buat kerja, lembap, lengah-lengah kan masa aku (kebetulan aku memang nak cepat), aku akan direct sound, "kak, boleh cepat sikit x?" kalau dia cepat, aku akan senyum paling manis yang aku boleh bagi dan ucap terima kasih seikhlas dan semanis mungkin tanda aku amat menghargai kepantasannya membuat kerja.

Tapi, kalau mereka buat macam haram, aku kena sabar. Tak kan nak maki kan. Tak baik. Dah banyak aku sabar. Bila difikir-fikirkan, nak involve bisnes ni kau kena jadi orang penyabar. Tak sabar, OUT! Kepala otak juga kena tangkas, ingat segala macam benda. Bukan senang. Sebab tu aku kagum dengan satu kakak cun ni. Umur 20-an dah ada tadika sendiri. Walau macam mana pun, aku x ada la akan get into bidang yang bapak buat sekarang. Bagi aku, perempuan mungkin kurang sesuai. Kadang2 aku segan jugak bila pergi site visit dan aku lihat, ramainya lelaki. That's why selalu ajak adik aku teman. Dan nasib baik juga aku kenal dengan satu makcik ni. So x adalah malu sangat. Ada yang pakai purdah pun boleh pergi site visit, x kan kau nak malu x bertempat? Aih, masing-masing ada cara masing-masing kan. Aku bukan jenis yang suka menyegih dan peramah x tentu pasal. Cuma, jangan menyombong lah.

Ada satu masa tu aku baca blog Harith. Dapat satu informasi yang sangat berguna. Pasal manage kewangan. Baca sendiri lah. Dan sekarang aku sedang cuba praktikkan. Resit adalah sangat penting. Baru kita tahu ke mana perginya duit kita. Aku bukan datang dari keluarga kaya raya. Sederhana. Dan aku perlu belajar untuk sentiasa menjadi manusia bersederhana supaya tidak boros sesuka hati. Susah sebenarnya. Cara yang aku praktikkan, x bawak duit banyak2 bila pergi shopping mall. Kadang2 RM30.00 je aku bawak. Kalau bawak lebih, mesti aku singgah POPULAR beli buku baru. Bacanya entah bila. Cuma syok dapat beli buku baru. Tak pun, beli tudung baru yang aku rasa cantik. Ergghh.

Dan satu hal lagi, mungkin Allah nak sedarkan aku. Aku dah 23. Banyak benda aku rasa kurang dalam diri. Serba sedikit keinsafan tu datang. Bersyukur juga kerana Allah bagi aku adik yang boleh buat rujukan dari segi hal agama. Dari baca blog juga, kematangan itu boleh hadir. Bila diri mula sedar akan kekhilafan lalu. Dan tidak perlu untuk meletak harapan menggunung untuk sesuatu benda yang kita x tahu akan terjadi atau tidak. Soal hati khasnya. Aku banyak belajar. Buku, blog, pengalaman rakan, persekitaran. Macam-macam.
Ya, dunia ini macam-macam ragamnya. Benar kata bapak, dunia ini penuh misteri.

8 comments:

Harith Z. said...

bru 23. wait till you are 40!

faRahAdILa said...

when i am 40, off course the more problems will come. kena fikir macam2 benda. anak nak itu anak nak ini. hutang piutang, kereta, rumah. everything. as life goes on, problems will always come in. kerana itu hidup ini tidak akan lekang dari masalah. dan dari masalah kita belajar, dpt pengalaman.

Harith Z. said...

btol. nk bukak radiator, esok pagi baru bukak. =)

faRahAdILa said...

hahhaha. tau xpa!

agricco said...

kekekekeke....
haaaa... baru tau camane kan...
br manage... blom jd bos... lg lah.
pengalaman aku dlm DPMM mengukuhkan kenapa seseorg bos itu perlu pg besuka ria ikut suke ati diorg, walaupun aku kdg2 x setuju dgn care diorg besuke ria... heheh

sebab, bos perlu pastikan semua bende smooth agar anak2 buah dier bole bg nafkah pd keluarge masing2... ITULAH TANGGUNGJAWAB BOS

dan pengalaman yg plg aku x lupe, aku jumpe perempuan2 yg bernilai dr RM1.5m hingga RM2.5m.... kenapa? sbb diorg bole grab n manage projek2 yg over RM10m.... salute.

lagi musykil, wut kind of people diorg nih? camane diorg ni control smua2 tu????

faRahAdILa said...

apis: haaa thru this post ko kata blogger are weird? ok. x kisah. hah pengalaman ko mst lg hebat dr aku psl bisnes nih. gle la.. aku mmg xleh lawan. aku pelik macam mana diorang blh control semua benda. so, ko dh ade minat. cari, selongkar lagi, smoga berjaya!

agricco said...

hahaha...dier jd wierd tu sbb ade emotion dlm penyampaian... dan bg aku ia mmg ada kesan... cume... ah, biar la. malas nk argue dgn ko walaupun aku suke... hahaha

btw, thanks byk2 jd cekgu aku...
heheh

faRahAdILa said...

apis: wahaha. kecoh btol. sama2. bru aku paham perasaan cekgu2 ko.