Saturday, July 2, 2011

kebahagian diri

pernah tak kau rasa apa yang kau buat x mendatangkan kebahagian dalam diri sekaligus tiada kebahagian dalam jiwa. kau tahu x kebahagian jiwa tu penting. kadang2 Allah duga kita. kita ada kat roda paling bawah. x dapat nak balik ke roda paling atas.

manusia melakukan setiap benda itu bersebab. jika sebab itu baik, tidak mengapa. jika sebab itu adalah tidak baik, maka jauhkan lah. pernah x kau rasa serabut, kau x tahu apa yang kau lalui sekarang, lalu kau mengatakan "damn, aku stuck!" kadang2 akal berfikir semula, dari mengatakan sedemikian rupa, baiklah bangun mengambil wuduk dan sujud kepada Dia yang Maha Mendengar. bukankah itu adalah lebih menenangkan?

ketahuilah, hidup ini penuh rahsia. setiap perjalanan yang ditentukan itu ada hikmahnya.

apabila keadaan menjadi terpaksa, akan berlaku tindakan nekad dan diri yang kadang-kala ada rasa takut lagi gentar, akan menjadi kuat. kekuatan yang diberi oleh Dia.

waktu kerja habis 4.45 petang pada hari Jumaat. berdesup balik. sampai LRT, jalan laju2 pergi kereta. berdesup masuk tol serdang. johor bahru, seremban, masuk. tekan minyak. kadang2 x sedar cecah 140km/j. masuk maghrib, berhenti sembahyang. sambung tekan minyak. keluar tol yong peng hampir jam 10 malam. pernah suatu ketika, keluar ofis jam 8 malam, keluar tol yong peng jam 12.30 mlm. hujan renyai. x pernah terlintas akan buat sedemikian rupa. tanpa sedar, pernah melaluinya. bukan untuk bangga. cuma hanya sebahagian pengalaman kehidupan. terima kasih untuk kekuatan yang Dia pinjamkan. mak bapak x risau ke? bohong kalau x risau. panggilan masuk berkali-kali. tanya itu ini, pesan itu ini. alhamdulillah. setidak-tidaknya engkau tahu, kehidupan itu bukan sentiasa indah.

kenapa mesti buat kerja gila, redah pekat malam seorang diri? jawapan, demi mencari kebahagian jiwa yang tiada di kota.

dan hari ini, rasa bersyukur dengan pengalaman lalu yang Dia berikan, agar terus kuat dan berani meredah setiap liku kehidupan.

2 comments:

Syuhada said...

syud suka baca pasal kejidupan . somehow, this post kinda give me some strength . urm, kebahagiaan jiwa .

faRahAdILa said...

;)) thanx! yup same with me, cerita kehidupan tu lbh realiti n bwt kte sedar.