Saturday, August 20, 2011

Berpada-padalah


Assalamualaikum.

Pejam celik, sekejap je dah masuk 20 Ramadhan kan. Alhamdulillah, Allah masih beri peluang untuk menikmati kemanisan Ramadhan. Bazar raya pun dah mula sibuk sana sini. Dekat Dewan Jubli sesak, Jalan Rahmat sesak. Ha ye lah Dewan Jubli bukan kat Jalan Rahmat ke. Fine. Dekat Parit Raja pun sesak. Semua sesak. Orang kita ni feel nak raya tu memang lebih, tapi amal ibadat tu dah cukup ke belum letak tepi dulu. Ye dak? Eh aku bukan nak mengata orang, tak. Cuma ini culture yang aku nampak. Dan aku sendiri pun bukan lah baik mana pun kan. Masih banyak kurang ha.

Ok. Sebanarnya aku nak cerita lain tapi tah kenapa boleh tertaip pasal puasa ke raya. ;p

Sekarang aku 23. Kawan-kawan sekolah rendah aku dah ramai kawin. Dah ada nak sorang pun. Kawan-kawan se university pun dah ramai ada pakwe. Dah jumpa bakal mak mertua semua. Aku? Lek luuu. OK. Ini cerita bila balik kampung, kumpul makcik-makcik semua, soalan feveret, "kau dah ada pakwe?" aku memang susah nak jawab wei. Aku cakap ada, nak kata ada pun x ada lah sangat. Haha. Apa kau merepek ni sengal? Aku nak cakap tak ada, nak kata tak ada tu, kadang-kadang macam ada tapi kejap tak ada. Hahaha. Padan muka baca ayat tamil.

Hakikatnya, aku x reti weh bab-bab camni. Aku tengok orang tertonggeng bercinta, aku takut. Jadi aku malas fikir. Tapi orang kata, kalau kau x cuba mana nak tau kan? Hai la makcik pakcik akak abang adik sekalian. Dalam kepala aku ni dari dulu terfikir, aku nak bercinta sekali dan aku terus kawin dengan orang yang sama. Aku x mahu banyak2 kali try and error. Aku tahu penat. Tengok pun dah penat apa lagi bila rasa sendiri. Tapi, aku hanya manusia biasa yang mampu merancang dan Allah tentukan segalanya. Dulu aku sekolah perempuan. Aku x fikir pun ha pasal jantan. Bila form 4 baru aku terfikir. Baru datang rasa geli2 sengal tu. Haha. Astaghfirullah.

Bila aku masuk matrik, masuk U, woh macam2 dugaan weh. Ha kau. Tapi aku bersyukur sebab parent aku strict especially bapak. Bapak x bagi aku bercinta zaman hingusan, lagi2 masa belajar. Sebab? Kalau aku frust, dia takut aku x boleh kawal diri. See. Bapak sayang aku. Bukan bapak x sporting tapi bapak x nak aku sakit ting tong masa umur mentah. Orang kata aku jual mahal, ho ho hotak hang aku jual mahal. (OK sori, terbiadap kejap)

Dan sekarang? Aku malas sebanarnya nak jawab soalan euw euw makcik pakcik ni. Kadang2 aku terfikir, buatnya bila aku cakap 'saya single makcik, masih belum ada yang punya' dan tiba2 dia kata 'ha boleh la kau jadi menantu makcik' tak ke haram jadah namanya. Gila cuak kau tahu tak. Paling selamat aku jawab, 'kawan-kawan tu ada la cik'. Haramjadah punya jawapan jugak.

Sudah la. Penat weh penat. Bercinta nak rak, kawin dengan orang lain, pun macam buang masa jugak kan. OK OK kita slow and steady. Ye tak? Tak payah nak euw euw sangat. Kang x jadi, bak kata adik aku, 'tergolek dog terus'. Padan muka kat sapa? Kat diri sendiri. Jodoh tu kat tangan Allah. Kita doa yang terbaik. OK? Setel.

2 comments:

Syuhada said...

rasa macam baca pasal diri sendiri, sebijik sama mcm syud. hehehe. betul2, tak suka try and error ni, nanti kesian kat suami, dia dpt isteri yg dah ramai try. heuehue

Farah Abdullah said...

syud: yeke sebijik? haa we r in da same shoes la kalo cmtu. hehe.