Sunday, August 28, 2011

Cuak?

Salam.

Lusa dah raya kan. Sekejap je rasa. Ok Ok, sebenarnya nak cerita sikit. Heheh.

Aku ada adik lelaki. Rupa dia err ok ok lah. Orang kata adik aku hensem. Tapi aku sebagai kakak mengatakan, beliau punya rupa dan punya kredibilti untuk buat perempuan syok sama dia. kahkah. Dia penah kata kat aku, dia cuak dengan one girl ni, sebab girl tu usha dia memang betul2 punya usha. mesej la call la. adik aku x layan, dia buat taktik lain. sampai adik aku cakap, dia cuak dengan girl ni.

Tadi, adik aku sembang dengan kawan dia. kawan dia ni pun not bad la jugak. umur lebih kurang aku kot. ke tua sikit. pastu kawan dia ni bagitau ada perempuan usha dia. usha yang memang tahap serius macam adik aku kena. sampai kawan adik aku ni takut dengan perempuan tu.

Dan aku hanya tergelak besar. aku x pernah tahu ada perempuan usha lelaki sebegini dasat. setakat usha2 biasa macam terdetik dalam hati kata, 'eh, hensem jugak mamat ni'. haa tu standard lah kan.

Makanya, lelaki juga takut bila di usha dengan dasat oleh perempuan? Begitu? Sebab kawan-kawan lelaki yang aku kenal pun akan jadi cuak bila di usha oleh perempuan yang bagi mereka adalah pelik. tapi, kalau Lisa Surihani yang usha, confirm ah. Layannn punya. Tak gitu? heheh.

sekadar gurauan dan andaian di petang 28 Ramadhan. Selamat berbuka kepada anda semua!

pesanan kepada diri sendiri, dan anak2 dara di luar sana: rajin2 ler ngemas rumah. tolong mak masak kat dapur ye. ye, x terkecuali kepada anak2 teruna juga!

Daaa.

2 comments:

epol said...

hahaha ade juge kejadian gini ek..nway biaselah tu kena usha..eh eh biasa ke?x kot

Farah Abdullah said...

haha. mestilah ada. eh x biasa ke? yo yo je la ko.