Wednesday, September 7, 2011

Sembang berat


Assalamualaikum.

Nak tidur tapi masih x tidur2 lagi. Teringat, dan masih terngiang2 perbualan dengan Nana, Odah, dan Put tempoh hari. Bak kata Odah, memang topic tu agak berat. Sebab memang x pernah terlintas kat fikiran pun pasal hal itu semua untuk jangkamasa terdekat ini. Tapi bila difikir-fikirkan, ya. Kita kena mula dari sekarang. Mencari itu adakalanya memakan masa yang lama. Bergantung pada usaha, doa, dan takdir yang Allah tentukan untuk diri kita.

Aku tahu itu dosa. Itu adalah antara sebab kenapa aku memutuskan supaya aku begini sahaja. Ahh mengingati dalam diam itu juga sudah dikira tidak elok dan juga berdosa tahu? Apakan lagi jika kamu itu bertindak jauh lebih dari yang dijangkakan. Nauzubillah. Kuatkanlah iman hambaMu Ya Allah. Jauhilah kami dari perbuatan keji dan mungkar. Nak elak dosa, fikir sendiri lah apa patut buat. Dan aku sendiri pun bukanlah baik mana untuk memberi contoh teladan yang patut diikuti. Cuma kita usaha untuk jadi baik. Ehh jadi baik tu x semestinya kena ubah segala sifat yang ada dalam diri kan. Kalau kamu itu seorang yang suka ketawa, buat lawak, untuk menggembirakan orang keliling, x salah kan. J

Walau apa pun, keep on praying. Jadi baik dahulu kalau nak dapat yang baik.

Doa aku ada untuk kamu. Moga sihat hendaknya.

1 comment:

Harith Z. said...

xfaham. topic ape yg berat tu?