Saturday, October 15, 2011

Menangani Cabaran Kesihatan


Assalamualaikum.

Semalam, kami yang mengambil subjek DCE 5010 telah menghadirkan diri ke ceramah Dato' Dr Fadzilah Kamsah yang bertajuk "Manangani Cabaran Kesihatan". Ini adalah kali kedua aku pergi ceramah beliau. Tapi kali ni free of charge. Kenapa? Sebab lecturer yang mengajar kami sendiri adalah antara orang kuat CaRE. Apa itu CaRE? Silalah google. Hehe. Kehadiran ke ceramah tu kira compulsory sebab kelas yang sepatutnya pada petang semalam telah dibatalkan. Yahoo! ;)

Sangat banyak input yang diperoleh. Actually ceramah ni kebanyakan nya dihadiri oleh bekas2 pesakit kanser, pesakit yang sedang menghadapi kanser, orang2 awam serta para pelajar yang mahu menyertai. Event ini dijalankan di Fak Perubatan UPM. Oh cuci mata usha bakal doc sekejap (x payah la, depa semua taraf anak ikan, kau tu dah tua x sedar diri. Kihkih)

OK, actually aku nak share sedikit info yang aku peroleh semalam. Antaranya:

  • 5 terapi : bagi mereka yang berada dalam kategori terminal case.
  1. Maafkan semua orang. (dengan memaafkan semua orang, secara x langsung kita dapat bersihkan hati.)
  2. Senyum dan ketawa. (cuba untuk menggembirakan hati dan juga org lain)
  3. Exercise. (senanam ringan supaya kita sentiasa positif menjalani kehidupan yg masih ada)
  4. Diet special. (ambil makanan berkhasiat)
  5. Beri khidmat. (menolong org walau dalam apa jua keadaan. Secara tidak langsung, memotivasikan diri sendiri)
  • Tahu tak, kenangan yang positif pada masa lampau itu juga boleh merawat diri kita juga. Kajian pernah dijalankan, mereka yang berusia sekita umur 60-an dan diletakkan dalam dua kumpulan. 1 kumpulan didedahkan dengan lagu latest zaman kini. Dan satu kumpulan lagi didedahkan dengan lagu2 kesukaan pada zaman mereka muda-mudi (cth: lagu2 The Bettles). Dan result yang diperolehi, mereka yang didedahkan dengan lagu2 The Bettles itu kesihatannya semakin baik berbanding mereka yang didedahkan dengan lagu2 latest zaman kini.
  • Kita juga digalakkan dan mengamalkan makan daging putih. Contoh: ikan, ayam, burung. Daging merah itu bukanlah tidak bagus, sekali sekala itu boleh. Kekerapan mengambil daging merah sebagai diet harian akan menyebabkan kita menjadi seorang pemarah dan memiliki nafsu yang tinggi.
  • Kita juga digalakkan makan buah sebelum makan nasi. Buah pisang terutamanya.
  • Mengamalkan ucapan terima kasih dalam kehidupan harian.
  • Memaafkan semua orang sebelum tidur.
  • Bangun tidur cuba untuk senyum dan membaca doa bagun tidur.
Sebenarnya dalam diri kita sendiri ada ubat. Bergantung kepada kita bagaimana untuk mengahdapi situasi penyakit tersebut. Nasihat doctor juga penting dan semua yang berlaku adalah ketentuan Allah SWT. Kita mampu berusaha Dia lah yang menentukan.


Aku: rasa sangat kagum dengan mereka yang begitu kuat menempuh penyakit yang digeruni ramai. benarlah, pemikiran dan tanggapan positif serta doa itu antara ubat paling mujarab. semoga anda, kita semua sihat selalu dan menjalani kehidupan dengan tenang. InsyaAllah.


Wallahualam.

No comments: