Friday, November 11, 2011

11.11.11

Tuhan, maafkan aku.

Kelas abis jam 6.30 petang. Aku fikir sempat nak kejar Asar bila balik kolej. Sampai kolej, sedia maklum, kolej memang kedekot sticker untuk mereka yang bawak kereta. Aku pusing2 cari parking. Damn. Parking kat café x ada. Pergi MTDC dan parking. Dari MTDC nak jalan ke blok aku makan masa dalam 10 minit. Tengah aku jalan laju2, azan berkumandang. Datang satu rasa yang bersalah sangat dekat Tuhan. Dan datang lagi bermacam rasa. Aku blur. Air mata bergenang. Aku x boleh salahkan sesiapa. Aku kena salahkan diri sendiri. Kenapa aku x solat awal2 tadi. Kenapa aku x bersyukur. Setakat x dapat sticker kolej. Tu aje. Tapi aku manusia. Manusia yang akan timbul pelbagai rasa bila masa sahaja.

Tu lah dia, manusia. Maafkan aku, Tuhan. Bersihkan hati aku. Kuatkan hati aku.

Secebis rasa pada 11.11.11. Mungkin Tuhan nak tunjukkan aku akan sesuatu. Erti kesabaran, erti keinsafan, macam2 erti. Pinjamkan aku sedikit kesabaran ya Tuhan. Istiqomahkan aku dalam mengerjakan ibadat. Amin ya Rabbalalamin.

1 comment:

Qhaifa Nur said...

Allah maha mengetahui segalanya...keinsafan pada diri perlu ada....