Sunday, November 27, 2011

$$$


Assalamualaikum.

Dah besar. Dah 23 tahun. Tahun depan dah 24 tahun. Di usia 23 tahun baru sedar cari duit tu susah. Duit itu sangat penting. Tak ada duit, tak makan lah kau. Kenapa lambat sangat sedar nak buat saving or investment bagai? Sebab masa zaman degree, aku rasa aku dalam zon selamat, parents boleh bagi duit kalau tak ada duit dan tak terfikir lagi pun bab nak simpan duit untuk masa depan seperti untuk pergi haji ke umrah ke, travel ke, kahwin ke. Eheh. Bila dah start kerja iaitu pada Oktober 2010, baru aku sedar, susah oi cari duit. Duit aku asik habis je. Lagi duduk kat kota lumpur. Haram jadah semua benda nak mahal. Especially bab makan. Tang makan aku x boleh nak kedekut sebab nanti perut masuk angin lalu sakit kepala dan boleh melarat sakit perut. Oh tak mau.

Jadi sekarang, perlulah berfikir secara serius mengenai saving, investment, perbelanjaan harian dan mengawal nafsu membeli yang bukan-bukan. Seriously, I have to. Kalau tak, memang laju ah duit aku mengalir. Bak kata orang, nak berbelanja kena ukur baju kat badan sendiri. Eh betul ke? Lebih kurang macam tu lah. Luckily, tak kena bayar ptptipu. Alhamdulillah. And I am blessed enough to have a very supportive father merangkap my sugar daddy. Hehe. A big THANK YOU ayah!

Sekarang, orang keliling aku dok cakap-cakap pasal loan ASB. Since masa aku kerja Maybank dulu pun, aku lah tukang key in data bagi customer maybank yang buat ASB loan. Artis punya ASB loan pun I key in. HAHA. Perlu cakap ke? Abaikan. Back to ASB loan, aku fikir nak ke CIMB dan bertanya mengenai loan tersebut. Kalau betul pun nak buat, buat RM10k sudah. Malas nak ikat lama-lama since aku pun masih dalam sekolah lagi.

Bak kata member aku, jangan letak duit setempat. Asingkan duit belanja dengan duit untuk saving terlebih dahulu. Duit saving tu simpanlah di mana2 institusi perbankan atau Tabung Haji ke ASB ke. Janji hati kuat supaya jangan kacau duit tersebut melainkan dalam keadaan terdesak atau untuk reward yourself such as going to travel atau apa sahaja.

My cousin's wedding will be on 3rd December. What type of present should I give to her? Pinggan mangkuk, periuk belanga? Hmmm.

2 comments:

malin_purple said...

waaaa. nasihat ku feymes di sini... hahaha

faRahAdILa said...

ahahaha. saja mau bg ko femes.