Tuesday, January 17, 2012

Random talk #1

Assalamualaikum.

Petang tadi
Saja aku round tempat lama
Lama aku tidak jejak
Yang suatu ketika dulu aku biasa di situ
Sekadar mengeluarkan peluh
Dan untuk refresh kembali minda yang barangkali telah letih

Aku pulang dari bertemu mereka bersama seribu tanda tanya
Pelbagai
Terima kasih kalian
Sahabat yang tidak rugi untuk dikenali
Apatah lagi berkongsi rasa hati
Dan mungkin kerana itu yang menggerakkan aku ke sana

Malam ini
Aku jalan-jalan pula di laman mukabuku
Bukan aku membangga
Tidak
Cuma aku bersyukur kerana aku produk dari kedua ibu bapaku
Aku tahu bukan mudah mendidik seorang anak
Sukar
Pelbagai ragam pelengkap aneka rasa
Mereka mencorakkan kami sebaik mungkin
Penuh kasih dan sayang
Semua
Lengkap menjadi satu
Kadang-kala aku terfikir
Apabila aku menjadi seorang ibu kelak
Mampukah aku menjadi seperti mereka
Moga-moga ya.

No comments: