Monday, December 22, 2008

LIFE IS A GREAT JOURNEY?

sudah lama aku mahu mengarang. mengarang untuk menceritakan tentang kehidupan ini. kehidupan yang penuh dengan pancaroba, berliku-liku, adakala ceria, adakala duka. kehidupan satu anugerah. anugerah dari Yang Maha Esa. aku bersyukur dengan kurniaanNya.

ramai orang kata 'kehidupan ibarat roda, adakala kita di atas dan adakala kita di bawah' memang benar kata mereka. aku sebagai insan biasa, dan aku juga merasainya. adakah perlu mengeluh dalam menempuh hari2 yang penuh ranjau dan liku? sepatutnya tidak, kerana itu sudah lumrah kehidupan. aku yakin setiap dugaan, ada hikmahnya. setiap kejadian juga ada hikmahnya. sesungguhnya Allah Maha Bijaksana.

setiap insan yang dilahirkan di alam fana ini juga ada kelebihan dan kelemahan masing2. kadang2 kita cemburu melihat kejayaan dan kegembiraan orang lain. namun, sifat cemburu itu perlu dilihat dari sudut positif. mengapa aku katakan cemburu perlu dilihat dari sudut positif? kerana dengan cemburu yang positif itu, setiap manusia akan berusaha untuk terus meraih kejayaan dan keberkatan hidup di dunia dan di akhirat. jangan sesekali kita melihat cemburu dari sudut negatif kerana ia akan memakan diri sendiri.

setiap kali aku melihat kesengsaraan dan kepayahan orang lain dalam menempuh kehidupan akan membuatkan aku insaf. keinsafan yang lahir dari sudut hati yang ikhlas kerana mereka tabah menempuh dugaan yang datang. titisan air mata mereka juga membuatkan aku sedar akan realiti duniawi. kealpaan manusia juga seringkali berlaku kerana kadang kala mereka lupa akan kesengsaraan orang lain.

sesungguhnya kehidupan ini amat mencabar. jika kita hayati dan renungi, barulah kita sedar, kita hanya insan kerdil yang sentiasa mendambakan cinta, kasih, dan sayang daripada Pencipta, keluarga, dan orang di sekeliling kita. aku kagum kepada mereka yang tabah mengharungi kehidupan yang penuh onak duri. namun, mereka masih mampu mengukir senyuman tanda kesyukuran dan sekaligus menyembunyikan kesedihan dan kesengsaraan yang bersarang di dalam diri mereka.

sekian,
farah adila abdullah
10.42 pm
22 dec 2008/ rumahku syurgaku

No comments: