Wednesday, December 31, 2008

Salam Tahun Baru

Assalamualaikum..

Terlebih dahulu saya ingin menceritakan sebanyak sedikit kehidupan saya pada awal semester 2 sesi 2008/2009. Pada minggu ini juga telah bermula kelas. namun, masih ada lagi urusan pendaftaran subjek yang masih belum selesai. mungkin keadaan ini berpunca daripada jurusan yang diambil oleh saya dan rakan2 banyak melibatkan fakulti ekonomi sedangkan kami di bawah fakulti pertanian.

kemudian, ketika saya mengambil motosikal di pejabat pos laju bandar baru bangi, saya dapati motosikal saya mengalami calar yang agak teruk. sungguh mengharukan. namun, saya akur. syukur kerana keadaannya masih baik dan boleh ditunggang dengan selesa.

paperwork ICED dan EMANSIPASI sudah lulus. syukur alhamdulillah.. selepas ini saya dan rakan2 perlu bekerja keras untuk menjayakan program2 ini. semoga semuanya berjalan lancar.

akhir kata, SELAMAT TAHUN BARU kepada semua, semoga tahun ini kita semua berazam untuk menjadi lebih baik dari tahun2 sebelumnya. sekian sahaja dari saya.. semoga sukses selalu!peace!!

2 comments:

eppygurl said...

epi new year! anda ditagged lg.

yIpPie fAraH said...

ye2.. kalo rajin, aku buat~!haha