Tuesday, January 13, 2009

jasa kalian amat aku hargai...

assalamualaikum..

pengalaman aku ketika menuntut di Kolej Matrikulasi Perak sememangnya satu pengalaman yang tidak akan aku lupakan. di situlah aku belajar erti sebenar kehidupan. pertemuan aku kepada 2 orang insan bernama Afidatul Mardhiah (Fida) dan Nor Masita (Mas) amat aku hargai. syukur kerana Allah mempertemukan aku kepada sahabat yang bersih hatinya.

Fida merupakan teman sebilikku. Mas pula adalah teman sekelas aku. kedua dua insan inilah yang banyak memberi tunjuk ajar dan semangat kepada aku dan rakan2. di saat aku atau rakan2 lain menghadapi masalah, mereka ini adalah antara orang yang dicari. bilik ku juga sering dikunjungi rakan2 lain, kerana mereka rasa seperti apa yang aku rasa. mereka senang untuk meluahkan isi hati yang terpendam dan segala masalah yang membelenggu diri.

nasihat demi nasihat sering dilontarkan buat aku dan juga rakan2. adakalanya, air mata mengalir kerana nasihat yang diberikan membuatkan aku terfikir akan kebesaran Allah dan kealpaan aku selama ini. walaupun kami dilahirkan dan dibesarkan daripada latar belakang yang amat berbeza, namun kami mampu untuk saling memahami. mereka sememangnya mempunyai latar belakang agama yang boleh ku katakan hebat. manakala aku pula dibesarkan dalam kondisi yang lebih terbuka dan masih lagi berpegang pada ajaran agama.

aku akui kadang kala aku tidak dapat menerima apa yang mereka katakan. seolah olah pemikiran mereka itu tertutup. malah, aku berfikir, mengapa mereka seolah olah mahu mewujudkan jurang antara Islam dan bukan Islam. keadaan itu tidak sepatutnya berlaku. bukankah kita mesti menghormati sesama manusia? setelah itu, aku cuba meluahkan apa yang aku fikirkan mengenai hal tersebut dan akhirnya mereka dapat juga menerima kata2 ku.

pengalaman merupakan ilmu yang tidak akan diperoleh daripada mana2 buku di dunia ini. pengalaman hanya akan diperoleh melalui diri sendiri. apa yang telah kita lakukan, apa kesilapan yang pernah dilakukan dan bermacam-macam lagi. semua itu merupakan ranjau kehidupan.

adakalanya, aku merasakan diri ini seperti anak kecil yang masih ketandusan ilmu duniawi dan ukhrawi. namun, setelah aku bersahabat dengan 2 insan ini, aku merasakan terlalu banyak yang telah aku pelajari. mereka insan tabah yang telah melalui berbagai liku kehidupan. namun, mereka tidak pernah tewas dan mereka terus bangun! aku juga mahu jadi seperti mereka. nasihat dan dorongan mereka akan aku semat dalam ingatan. setiap kejadian pasti ada hikmah tersembunyi. jangan sesali dan teruskan berjuang. sesungguhnya Allah itu Maha Bijaksana. kata2 kalian akan aku pegang selalu.

terima kasih teman...

No comments: