Saturday, January 10, 2009

suatu ketika dahulu...

aku dilahirkan dan dibesarkan di sebuah pekan kecil. pekan itu lebih dikenali dengan pekan Sri Gading. pekan itu juga tempat ayahku dibesarkan. dari aku kecil sehinggalah umurku menginjak 16 tahun, aku menetap di situ. apabila aku berada di tingkatan 4, ayah dan ibu telah membeli sebuah rumah yang berdekatan dgn kawasan bandar. lebih kurang 2 km dr bandar Batu Pahat.

aku bersyukur kerana pada suatu ketika dahulu aku pernah dibesarkan di sebuah pekan dan dapat merasai kehidupan di pekan. aku juga seperti kanak2 lain yang tidak betah duduk di rumah. aku akui sewaktu kecil dahulu, aku juga seorang kanak2 yang agak nakal. aku suka bermain. bermacam permainan sudah aku cuba. main teng2, baling selipar, main masak2 dan bermacam2 lagi. lewat petang barulah aku akan pulang ke rumah. jika tidak pulang2, ibu akan cari atau menjerit namaku supaya pulang ke rumah kerana hari sudah petang. malah, pada usia 12 tahun, aku sudah pandai menunggang motosikal. banyak kenangan lucu ketika aku kecil dahulu. semuanya tersemat di dalam ingatan ini.

setakat jatuh basikal, kaki luka, itu sudah biasa. aku sudah lali dengan luka2 itu. pernah aku luka teruk di bahagian dagu dan kaki kerana jatuh basikal. gigi bahagian depan sedikit 'sumpik' tetapi 'sumpik' itu sudah dibetulkan ketika aku berada di sekolah menengah. malah, luka di bahagian dagu itu juga mengakibatkan tahi lalat di bahagian dagu aku turut hilang bersama keruping. pada ketika itu, aku gembira kerana aku tidak suka tahi lalat itu di daguku. namun, ia tumbuh kembali dan kini aku sedar tahi lalat itu lah pemanis mukaku. hehe!!

di kawasan perumahan 'taman gading' itulah aku dibesarkan dari usia 7-15 tahun. macam2 ragam manusia telah aku lihat. dari situ juga aku belajar mengenai erti kehidupan. kehidupan setiap keluarga yang berbeza, cara didikan anak2 yang berbeza, dan bermacam macam lagi. di kawasan perumahan itu aku tinggal bersama majoroti besar kaum melayu. bukan niat aku untuk merendahkan mereka, tetapi bermacam ragam mereka telah aku saksikan sendiri dengan mataku. adakalanya, aku bersyukur kerana aku dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sempurna. ibu dan ayah tidak pernah leka dan sentiasa sabar dengan kerenah anak2 mereka yang macam2 perangai.

syukur kerana dalam keasyikan aku seronok bermain bersama teman sepermainan, aku tidak pernah melupakan pelajaran. pelajaran tetap menjadi nombor 1. ibu bapaku sentiasa berpesan hanya dengan ilmu, kita mampu melalui hari akan datang dengan penuh sabar dan itulah bekalan kita di dunia dan di akhirat kelak.

No comments: