Wednesday, January 28, 2009

Tarian Singa


Happy Chinese New Year


Selamat tahun Baru Cina saya ucapkan kepada seluruh kaum cina di seluruh dunia. Dari saya kecil hinggalah besar, saya akan teruja setiap kali tarian singa dipermainkan. tidak kira di mana sahaja, pasti saya akan rasa teruja. jika berhampiran, saya akan terus berkejar untuk melihat.

di sini, saya lampirkan sedikit info berkaitan tarian singa.

Tarian Singa (bahasa Cina: 舞獅; pinyin: wǔshī) adalah sebahagian daripada tarian tradisional dalam adat warisan masyarakat Cina, yang mana penari akan meniru pergerakan singa dengan menggunakan kostum singa. Kostum singa itu dimainkan oleh dua penari iaitu seorang memainkan di bahagian hadapan dengan menggerakan kepala kostum, manakala pasangan penari akan memainkan bahagian belakang kostum singa tersebut. Kedua-dua penari itu akan bergerak seakan-akan singa di atas pentas yang disediakan. Tarian singa ini akan diiringi oleh gong, dram, dan dentuman mercun yang dikatakan akan membawa tuah.


Sejarah

Sejarah singa dianggap sebagai pelindung dalam kebanyakan adat orang Asia, terutamanya bagi mereka yang berketurunan orang Cina. Tarian singa menjadi adat di negara China, Taiwan, Jepun, Korea, Thailand, dan Vietnam. Setiap negara tersebut mempunyai corak dan bentuk tarian yang berbeza. Namun tarian ini lebih terkenal sebagai warisan orang Cina, kerana dikatakan sejarahnya bermula lebih 1,000 tahun lalu. Dua tarian singa yang amat popular ialah "Tarian Singa Utara" dan "Tarian Singa Selatan".

Tarian Singa Utara adalah berasal dari bahagian utara China yang menggunakan tarian ini sebagai hiburan diraja. Kostum singa mereka menggunakan warna merah, jingga dan kuninghijau bagi kostum singa betina). Tarian Singa Utara adalah lebih banyak pergerakan akrobatik dan bertujuan sebagai hiburan.

Tarian Singa Selatan lebih membawa perlambangan alam sekitar. Tarian ini selalu dipersembahkan sebagai istiadat upacara membuang semangat jahat dan upacara meminta tuah. Tarian Singa Selatan menggunakan pelbagai warna dan kepala kostum mempunyai mata yang lebih besar daripada Singa Utara, dan mempunyai cermin serta sebatang tanduk di hadapan kepalanya.

gambar-gambar yang saya sempat tangkap di BP mall



6 comments:

epol said...

wow..rajinnye anda wat researh pasal tarian singa..hunungan etnik kah??kui3

Farah Abdullah said...

haha.. dlu knp x t'pk nk bwt psl bnde ni ek?
ko la.. smgt nk bwt psl makanan~!

Syamil A Samad said...

wah.mantap gle explaination ko pasal tarian singa ni.aku rase orang yang berbangsa cina pun kalah.hehehe
anyway, good job my dear

Farah Abdullah said...

hehe, tq2!

epol said...

haha..makanan itu best.. :D

Farah Abdullah said...

makanan ape en saipul?