Saturday, February 14, 2009

Kau begitu aku begini

salam...

dahulu saya pernah memberi pendapat di blog ini berkaitan isu 'apalah nasib'. ini mungkin entry kedua saya bekaitan nasib.

tidak dapat dinafikan, saya gemar melihat alam sekeliling. bukan setakat keindahan alam ciptaan Allah, saya juga gemar melihat isi alam itu sendiri. maksud saya di sini ialah ragam manusia yang dilihat bermacam-macam. seringkali saya berkata di hati kecil saya, "macam2 ragam manusia ni". jika saya ingin pulang ke Batu Pahat, semestinya saya akan ke Hentian Puduraya. di situ saya lihat bermacam-macam ragam manusia. adakalanya gelihati, simpati dan adakalanya mengundang rasa meluat. jika rasa meluat, baik jangan tengok, buat tambah dosa sahaja.

semasa saya ke Pasar Malam di Serdang, saya lihat 2 orang kanak2 kecil membantu ayah mereka menjual ikan kering. saya lihat bermacam-macam jenis ikan kering ada. tiba2 saya rasa sayup hati. mungkin saya bayangkan betapa susah mereka sekeluarga mencari rezeki sedangkan saya atau kita tidak perlu bersusah sedemikian rupa untuk mendapatkan wang. gelagat kedua beradik itu saya perhatikan. mereka menjerit "ikan kering, ikan kering". mungkin jika saya bersama ibu, saya akan minta ibu beli. tapi pada ketika itu, saya tidak dapat membeli kerana tiada kemudahan memasak di hostel saya. dalam hati saya berkata "semoga kau tabah menghadapi liku2 kehidupan yang sememangnya tidak pernah mudah untuk ditempuhi" semoga Allah memberkati mereka.

semasa saya dan keluarga ke kota Jakarta, Indonesia, keadaan lebih buruk. saya tidak pernah sangka keadaan seperti itu berlaku. apabila teksi2 atau kereta2 berhenti, anak2 kecil yang mungkin hidup di jalanan berpusu-pusu ke teksi2 dan kereta2 untuk meminta sedekah. ada yang mengendong adik kecil, berkaki ayam, dan keadaan mereka yang tidak terurus. sungguh mengharukan. jika kita beri sedekah kepada seorang daripada mereka, maka yang lain juga akan berpusu-pusu ke tempat yang sama sambil berkata "pak, lapar pak". ada yang menjual majalah2. namunA, kebanyakan majalah yang mereka jual berunsur lucah.

itulah dia ragam manusia yang bermacam-macam. semoga mereka dan kita sendiri sentiasa tabah dalam mengharungi apa jua nasib dan masalah yang datang dalam hidup ini. ingatlah bahawa Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

4 comments:

epol said...

bersyukur dengan apa yang ada..huhu

yIpPie fAraH said...

iya.. kita semua perlu igt dan bersyukur dgn ape yg kita nikmati skrg.. huhu

Pinky Princess said...

aku x sangka hati kau selembut itu..
mungkin sbb aku dilahirkan kat tgh2 kota metropolitan yang penuh dgn tipu daya manusia, maka aku telah mengajar hati aku utk tidak mudah mengasihi org2 di jalanan..

yIpPie fAraH said...

erm.. aku mmg sng kesian kt org..
aku tgk bdk2 tu, teringat kt adk2 aku. lame x jmpe diorng.. huhu