Sunday, March 8, 2009

kesusahan dan keperitan

salam

tadi aku saje teman anip buat homework die sambil godeh2 besta brunya.. =) lalu, aku buat kerja dgn anip sambil borak2... mula2 borak2 kosong, he talks more than me. many stories. and i just 'oo.. yeke?, knp cmtu? jgn buat cmtu, kene hormat cikgu, brg2 jaga elok2, bla3..' BUT one of his stories make me touched and i got the idea to write it here.

anip: kak, kdg2 aku kesian kt bdk2 ni, mak bapak diorang cari duit ssh2 tp belajar main2 (pandai la ko ckp org wahai anip!). pastu, sekarang ekonomi tgh gawat kn? ade kwn aku, bapak die kene buang keje. dulu keje jaga(guard) gaji rm1000, pastu kene buang. sekarang keje kilang, gaji rm400 je sebulan. kesian kn?

me: kesiannya. adik beradik die ramai x? die anak 1st ke?

anip: x la, die anak kedua. ade 3 org adk beradik.

me: oh, nasib baik x ramai sgt. tp kesian la...

anip: tp mak die keje gk. keje kilang jugak rasenye.

me: erm.. ramai org susah nip.. kita kdg2 x nampak.

anip: tp die ok je. hepi je aku tgk.

me: yela.. umur mcm ko, baru 14thn, bukan faham sgt psl erti kesusahan ni..

anip: yela...


mmg ramai org susah kt dunia ni. ibu bapa berhempas pulas cari nafkah untuk anak2. kadang kala kita x pernah sedar kesusahan mereka kerana mereka sembunyikan kesusahan itu semata mata mahu melihat anak2 bahagia tanpa duka. sedaya upaya mereka memenuhi permintaan anak2 selagi terdaya. itulah insan bergelar IBU dan AYAH. keperitan hidup tidak menghalang mereka untuk terus berjuang demi anak2. oleh itu, sedarlah anak2 sekalian, bangunlah! hargai pengorbanan ibu bapa yang tidak akan terbayar budi mereka oleh kita semua.

kata2 hanif buat aku berfikir sejenak, beringat dan bersyukur dgn apa yang ada. tidak perlu bermewah sgt. jika ada rezeki lebih, bolehlah sekali sekala berbelanja lebih dari selalu. yang senang igt kpd yang susah. usah berbangga dgn kemewahan dunia. syukur alhamdulillah dgn segala nikmat kurniaan Allah SWT. amin...

No comments: