Tuesday, June 9, 2009

nasib si pembantu rumah...

salam, hai semua! ;)

ada baca surat khabar bertarikh 9 Jun 2009? yes, berita hari ini menyatakan seorang pembantu rumah didera dgn teruk oleh majikannya. ini antara cepisan berita tersebut:

KUALA LUMPUR: Seorang ibu tunggal yang mendera pembantu rumah warga Indonesia direman Mahkamah Majistret di sini selama lima hari mulai hari ini.

Semalam, Siti Hajar, 33, dari Jawa Barat ditemui dalam keadaan lemah dan kesan kecederaan oleh seorang pemandu teksi berdekatan rumah majikannya di sebuah kondominium mewah di Mont Kiara di sini, kira-kira jam 8.30 pagi sebelum menghantarnya ke Kedutaan Besar Indonesia.

Siti memberitahu pegawai kedutaannya, dia didera majikannya, seorang ibu tunggal beranak dua berusia 44 tahun sejak mula bekerja dengannya pada 2006.

pernah anda terfikir knp majikan2 ni sanggup dera pembantu rumah mereka? adakah mereka langsung tidak berperikemanusiaan? mungkin sebab tekanan hidup? atau pembantu rumah yang lembap, x faham arahan? mcm2 spekulasi blh dibuat.


aku ade juga dgr di kawasan perumahan tempat aku tinggal, ramai pembantu rumah yg lari dari rumah. ada yang ikot pakwe diorng, x tahan kerana diberi kerja yg x sepatutnya. beberapa bulan yang lepas, maid jiran aku pun lari gak. jiran aku berbangsa cina. (tiada niat perkauman ye!) masa die nk lari tu, die bgtau yg die nk lari dan dia x tahan kerja dgn majikan die tu. sbb?? die sering dibawa ke sana dan ke mari, adk beradik majikan die blh plak men exchange2.. kejap kt rumah ah chong, esk kt rumah ah siang, lusa kt rumah ah kaw. dan begitulah seterusnya. tp aku x tahu sejauh mana kebenaran kata2 maid jiran aku tu. cuma tym tuh, die mmg nekad nk lari. x tau lah ape cte skrg.

aku cuma nk ckp, jikalau lembap mcm mane pun, atau tekanan hidup yg kte alami, kte kne gk hormat akan hak asasi dia sbg manusia. die pun manusia, bkn binatang! kucing dgn anjing pun kte syg, knp manusia kte x syg?? kalau byk yg x kena, cukup sekadar menegur, usah dipukul dan didera. mereka dtg ke Malaysia utk mencari nafkah. mungkin keluarga mereka di seberang sana hidup dlm kedaifan. sampai cni, kne dera . if die mmg lemau x reti nk buat keje, pulang r balik kt agensi. tukar yg len. runding2 sama itu agensi.

orite, sampai cni je. renung2kan.. dan berfikirlah sejenak.. ;)


6 comments:

♥ p a a n i ♥ said...

hah!
aku pon bce jugak!
tepahape la. zaman moden pon ade jugak org berpikiran kolot cm zaman dulu pulak nk dera2 nih.. adei laa..

even haiwan pon kte kne sayang. nikan pulak manusia. senang2 ati je nk dera. bodo punye majikan. bangang.

DilOt said...

tula psl...sesuke ati dera org lain tp kekdg kene periksa gak..sbb mcm kazen dilot penah dpt sorg maid yg melampau nak mati..ajar budak2 kecik bende lucah..woo..mane boleh..last2 anto balik ke agensi...sbb perangai mmg tak baik..

naqiubex said...
This comment has been removed by the author.
naqiubex said...

Hmm.. malang sunnguh..

Mr. U said...

Btul2.. if rs bibik 2 lmbp or xkene dgn kriteria pbantu umah, pulgkn kt agensi diorg suda.. dera lebih2, pndai2ler jwb kt akhirat nnt..

Farah Abdullah said...

pani: a'ah mmg kolot! bodoh.. eh, emo lak aku. hehe

dilot: ajar lucah?? mak aih..

aqib: yup, mmg malang, kesian!

mr U:biar diorng jwb kt akhirat!