Friday, June 26, 2009

semalam, esok, tulat, kini dan selamanya...

salam...

semalam,
aku bodoh,
aku tak tahu apa-apa,
aku sedih,
sebab aku tak pandai macam orang lain.
aku tanya diri,
'kenapa aku bodoh?'
'kenapa aku tak pandai?'
lidah aku kelu,
aku tiada jawapan.

esok,
aku jumpa dia,
dia cakap 'siapa kata kau bodoh? siapa kata kau tak pandai?'
aku diam,
aku buntu!
dia kata,
'tiada yang lebih berkuasa melainkan Allah S.W.T.'
aku diam lagi,
cuba memahami,
kecelaruan emosi dan minda menguasai diri.

tulat,
aku sudah punya jawapan,
'ya aku tidak bodoh'
Allah Maha Berkuasa,
aku hambaNya,
bodoh bukan penamat kehidupan,
bodoh boleh diubati

kini,
aku mengerti,
aku terima kasih kepada dia,
dia menyedarkan aku,
aku tidak keseorangan,
minda kembali normal,
emosi jangan lagi membelenggu diri,
akal dicipta buat insan berfikir.

selamanya,
insan cuba menjadi lebih baik dari semalam,
semalam yang suram,
semalam yang kelam,
hapuskan semalam itu.

3 comments:

hanisa said...

tak de manusia yang bodoh selamenya
yang bodoh itu cuma orang2 yang takmau mengubah kebodohan mereka

✖₪ F A R H A N I ₪✖ said...

ey!
ade sumone ckp ko bodoh ke?
gtau kt aku sapa dia
biar aku lempang budak lahanat tu.

Farah Adila said...

hanisa: yup, betul tu

pani: nope, kalo ade pun, pduli ape aku. lantak r.. kata org bodoh, die lg bodoh. haha..