Monday, August 3, 2009

kerinduan dan pengalaman

salam

aku rasa aku rindu. rindu suasana setahun yg lepas. ketika aku masih memegang jawatan itu. setiap minggu berjumpa utk meeting. kadang kala penuh serius dan kadang kala juga penuh gelak tawa. kebiasaanya, suasana itu penuh gelak tawa. kerna di situ wujud beberapa orang yg mungkin dilahirkan utk menjadi penghibur.

pada waktu itu, kami macam keluarga. aku kenal ramai org. kenalan bertambah dan menjadi lebih peramah. seronok apabila ramai kenalan. mana kita pergi, ada juga yg berbalas senyum dan bertegur sapa. tidak rugi kita menjadi peramah.

dipanggil utk meeting tengah2 malam. adakala wujud rasa bengang. tetapi, aku dan kawan2 lain akur. itu tanggungjawab kami. ya, kami mengikut arahan.

dalam masa yang sama, ada juga yg kurang faham akan tugas kami. tetapi kepada yg faham, terima kasih diucapkan.

dulu, ramai yang complain. ada yg datang mancari aku di bilik, tapi aku tiada. ya, kerap juga aku tiada di bilik. bukan kerana sengaja, tapi ada perkara lain yg perlu aku uruskan. dan kadang kala perkara yg diuruskan itu sudah selesai, selebihnya bersembang membuang masa. bila difikirkan semula, menyesal! kerja masih berlambak, tapi masih boleh bersembang kosong.

setahun yg lalu juga, aku belajar bagaimana nak curi masa. curi masa utk study dan utk diri sendiri. lagi2 apabila musim test dan final exam menjelang, masa yg ada perlu digunakan sebaiknya. belajar utk lebih profesional. jangan cepat gelabah. terlalu banyak yg aku pelajari sepanjang tempoh itu. turun naik result exam, tiada kaitan dgn tugas aku itu. jika ada pun, mungkin sedikit. apa yg berlaku, atas diri kita. selebihnya, kita hanya mampu berdoa dan bertawakal kepada Allah.

tetapi, kita juga perlu ukur baju di badan sendiri. jika kita mampu melakukan tugas yg telah diamanahkan, kita teruskan. jika tidak, atau masih ragu, berfikirlah sedalam mungkin. jangan nanti membawa keburukan kepada diri sendiri.

seperkara lagi, jangan terlalu memikirkan apa kata orang. kita juga perlu fikirkan utk diri kita. apa yg terbaik utk diri kita. jangankan terlalu menjaga hati orang, diri sendiri terabai. cukup utk setakat ini. segala pengalaman lalu akan aku jadikan pengajaran dan memori indah dalam kehidupan sebagai seorang pelajar.

terima kasih Allah. terima kasih semua. dan terima kasih utk pengalaman itu.

2 comments:

♥ p a a n i ♥ said...

huhu
mesti ade yg pahit dan manis kan?

Farah Abdullah said...

sudah tentu! masam masin pn ade.. =)