Friday, August 7, 2009

Kita berlainan bangsa

semalam aku tgk 1 movie ni. aku x tau nak cakap apa. yg pasti aku sedikit sedih. takut kalau satu hari nanti perkara ni akan benar2 terjadi kat Malaysia ni.

masa kecik2 dulu, ayah selalu pesan, 'jangan panggil india tu keling, x baik!' aku ikut cakap ayah. ayah pesan lagi, 'jangan panggil cina tu cina kopet, x baik!' aku ikut juga.

tika itu aku masih belum benar mengerti. aku hanya mengikut. di sekolah agama, ada guru2 mengata cina dan india, aku x boleh terima. aku x suka. mungkin kerana aku di didik supaya jangan menghina bangsa dan agama lain. soal agama dan bangsa itu isu sensitif.

aku merasa sendiri persaingan antara bangsa melayu dan cina. sekolahku dulu ramai bangsa cina. hampir 50% bangsa cina. kaum india hanya minoriti. aku tidak nafikan yg mereka itu hebat. ranking 1-10 juga dimonopoli bangsa itu. hanya terselit 3 atau 4 orang anak melayu dalam kedudukan 1-10 itu.

aku terfikir, bangsa melayu tidaklah selemah yang disangkakan. jangan berikan sangkaan yg buruk kepada bangsa melayu.

hanif. seawal usia 5 tahun dia dihantar utk menuntut di SJK (C) Chong Hwa. salah sebuah sekolah cina di tempat aku. aku lihat dia juga mampu bersaing dengan kaum itu. cuma, aku kagum. kagum kerana dia dapat mengutip serba sedikit sikap bangsa itu. melihat dia baik dgn kaum itu, aku kagum. fasih berkomunikasi dalam mandarin. aku juga kagum. terfikir juga, kenapa ayah tidak menghantar aku ke sekolah yg sama?

sedang dia membesar, wujud juga kekeliruan mengenai bangsa masing2 antara dia dan kaum itu. seperti biasa, ayah adalah rujukan. isu perkauman itu terlalu sensitif. tersilap cakap, payah.

cumanya aku teringat kata2 dalam movie itu, 'seni usah dipolitikkan'
erm.. fikir-fikirkan.

1 comment:

naqiubex said...

Saya sedih apabila kawan saya kata saya buta dahulu..
Tapi sekarang saya gembira..
Kerana saya buta mengenali bangsa...

Melayu, cina, India, belanda, jawa...
pada masa itu tiada dalam kamus saya..
We are for all...