Friday, September 11, 2009

drama tiada tajuk

salam

drama yg tiada tajuk. aku mengerti dan aku faham. aku baru menyaksikannya.

sebuah persahabatan adakalanya terganggu dek kerana kehadiran sang kekasih dalam istilah dunia percintaan. sedih. mungkin itu yg mampu diucapkan. sedih kerana hubungan yg dulunya akrab lagi erat mungkin sedikit tergugat kerana rakan itu sendiri sedang angau dilamun cinta. sukar. susah diungkap dgn kata2. rakan2 tempat mengadu, yang saling berkongsi cerita suka dan duka, yang saling bergelak ketawa kini sudah berubah.

luahan dari hati ke hati menjadi jalan penyelesaian. air mata kesedihan, tanda penyesalan mengalir penuh kesyahduan.

sentiasa beringat. jgn lupa kawan2 andai anda mengecapi kebahagian. di rumah, kita ada keluarga. jika di kampus atau di mana sahaja pabila kita berjauhan dgn keluarga, tiada lain melainkan kawan menjadi pengganti keluarga. hargailah kawan2 anda. sayangi mereka. aku berpesan kepada diri aku dan juga kpd sesiapa yg berada di luar sana.

semoga Allah sentiasa merahmati dan melindungi kita. amin.

2 comments:

suri said...

sdey3..td der drama g...

Farah Abdullah said...

sy sedey ble baca kad raya kamu semua. esp kecik dan kamu. huhu..