Tuesday, November 24, 2009

OPKIM 2009

Salam.

hai semua. aku baru je balik dari OPKIM (Operasi Khidmat Masyarakat) 2009. kali ni OPKIM diadakan di Kg Sri Tanjung & Kg Melayu, Panchor, Muar, Johor. OPKIM berlangsung dari 16-23 November 2009.

Jujurnya aku katakan, pada mulanya aku terpaksa utk ke OPKIM. tapi sebab suri minta tolong untuk jadi AJK MAKANAN, aku relakan juga hati. dalam hati kata, "xpe la, aku tolong die, die tolong aku"

17hb kami sampai di kampung tersebut. setiap keluarga mendapat 2 orang anak angkat. aku dan Aini mendapat keluarga angkat yg sama. lega betul hati aku. nasib baik dpt dgn Aini. utk makluman, OPKIM kali ni, majoritinya adalah budak 2nd year. jadi aku yg 3rd year ni, ade la jugak rasa mcm xde geng. apa2 pun, aku enjoy sebab semuanya peramah belaka. kecuali ada la jugak insan2 yang buat geng masing2 dan x campur orang sgt.

keluarga angkat memang best. sporting. org jawa. perkataan2 jawa kadang2 kuar jugak. tapi aku paham la sikit2 sebab ibu pun kadang2 guna perkataan jawa kat rumah. macam2 program aku join tapi aku x stres macam OPKIM kat Terengganu dulu. sebab? mungkin aku bukan MTM lagi, dan aku bukan orang penting. hehe.. so aku free. juz handle makanan dan tolong mana yang patut.

18 NOVEMBER
hari bersama Majlis Agama Islam Negeri Johor, kami diagihkan kepada 4 group. ada yang membersihkan dan mengecat masjid, membersihkan kawasan perkuburan, membaiki rumah fakir miskin, dan menghantar hamper kepada warga kampung yang kurang berkemampuan. aku termasuk dalam group masjid. so buat la apa yang sepatutnya.

19 NOVEMBER
hari ke sekolah. tapi aku x pegi sekolah sebab aku kena pegi rewang. at first memang aku sepatutnya pegi dan menjadi fasilitator si SK Semaseh, Panchor. at last, aku diminta utk join grup rewang. its ok. bagi chance kat orang lain pulak. grup rewang ada yang kena melapah lembu, potong bawang, dan semua la keje yang berkaitan dgn memasak. masak utk ape? ha.. untuk majlis forum perdana pada malam tu bersama MAIJ. panel yang hadir, mufti Johor dan beberapa lagi dari MAIJ.

20 NOVEMBER
menyiapkan kerja2 mengecat di masjid, membuat persiapan untuk acara karnival mesra desa pada keesokan harinya.

21 NOVEMBER
karnival mesra desa bersama penduduk kampung. antara jabatan2 yang ada, bomba, kesihatan, polis, penjara, APEEC UPM, TPU UPM. waktu karnival ni, ada beberapa orang yang ditugaskan membersihkan ayam untuk acara BBQ pada malam tu.

22 NOVEMBER
acara sukaneka bersama penduduk kampung juga meriah. tambah lagi dgn kehadiran kanak2 kampung. petang tu, family angkat bawa aku dan Aini jalan2. jalan2 sekitar Muar. malamnya, upacara penutup. hoho.. persembahan yg mantap oleh Edy. semua terhibur. malam tu gak air mata berguguran. kiranya malam terakahir kami bersama keluarga angkat. saat paling mengharukan bila kami menyanyi beramai2 untuk ibu dan ayah angkat sambil mengucapkan terima kasih serta memohon kemaafan dari mereka.

23 NOVEMBER
saat untuk pulang ke kampung masing2. gembira dan sedih bercampur baur. mak dan ayah bagi macam2 kat aku dan Aini. terima kasih mak, ayah. insyaAllah hubungan kita kekal.


terlalu banyak yang aku pelajari sepanjang OPKIM 2009. dari terpaksa menjadi rela. memang fun! aku kenal ramai orang. esp budak2 2nd year yg selama ni aku kenal gtu2 je. dan sekarang boleh bergurau senda. dalam masa yang sama, kenal budak2 1st year. yup, all of u are sporting. best gelak dgn korang. kepala pun layan je. thanx Suri, ajak aku join OPKIM ni.

p/s: aku mewakili unit makanan, sori kawan2 kalo bab2 makanan ada yg x kena. tp rasenya suma ok kn?? hehe..

5 comments:

En iLham said...

wah.seronok sangat tengok korang.rugi aku xdapat ikut kan.huhu.tahniah sebab segalanya berjalan dengan lancar n berjaya...

Farah Adila said...

tu la syamil.. awat la hng x pi.. best la. protokol mlm penutup tu pn nmpk OK. sume berjalan lancar. cuma ade la masalah2 kecil yg xdpt elak.

♥ p a n y ♥ said...

ape itu rewang?

wahhh best la kem niii.
leh jd anak angkat.

Farah Adila said...

rewang=gotong royong ble ade kenduri. best2! ;)

suri said...

terharu3...sayang farah