Sunday, November 29, 2009

Seram dan cuak

Salam

Salam Aidiladha kepada semua.

Cerita ni dah lama. Berlaku pada sem lepas. i mean sebelum cuti sem ni. satu hari tu, hari dah dekat2 final exam, UPM xde air. memang masalah besar. nak berak, mandi, kencing semua problem. air punya la kecik. tu kalau ada air. kalau xda, tahan la ko!

petang lepas sambut birthday fendi kat bukit ekspo, aku dan kawan2 lain seramai 5 orang decide nak g mandi. mula2 nak mandi kt masjid UPM je. pastu ada pulak sumber2 mengatakan yang kat masjid UPM pun xda air. so pe lagi, manusia2 berani lagi nakal ni rempit pergi masjid putrajaya walaupun dah waktu maghrib. sampai sana, mandi2 solat semua. setel solat isyak sekali. bila perut lapar, tuju ke alamanda. isi perut! dalam masa yang sama, minyak moto aku dah nak abis wei! aku cuak gila. meter minyak tu memang dah kt garisan. pastu jalan nak balik memang gelap gila. ye r dah malam. dalam kul 10 malam camtu. time tu x tahu nak kata apa. aku doa je banyak2. bukan apa, aku takot kalau ada manusia2 jahat yang tahan aku kat tengah jalan. pastu aku takot kalo minyak moto memang kontang abis kat tempat gelap tu. siyes, aku takot!! nasib baik ada Yati. aku tau dia pun cuak. masing2 cuba sedapkan hati masing2.

aku pun redah je la malam nan pekat tu. nasib baik x hujan. at last sampai gak stesyen minyak. alhamdulillah Allah selamatkan kami.

2 hari lepas tu, aku dengar cerita dari Aida. die bagitau kawan Aini hampir kena samun kat jalan area2 Kolej 17 menghala ke Putrajaya. okeh, itu lah jalan yang kami lalu malam tu. berdasarkan cerita aida, kawan Aini tu kena kejar dgn 9 orang lelaki bermotor dan bawa parang. parang tu siap dah cecah helmet minah tu. tapi nasib baik die dapat lepaskan diri. aku xtau la mcm mana die boleh lepaskan diri. katanya, penyamun2 tu terbabas. so x dpt nk kesan dia. die menyorok dalam semak.

kalau penyamun tu dapat die, ntah ape la yang jadi. dah la sorang2. x tau la. pastu sampai dah nk exam, minah tu stil dalam trauma. katanya dia demam seminggu. memang kesian. walau apapun, alhamdulillah Allah selamatkan die.

pengajarannya, kena hati2 lepas ni. lagi2 PEREMPUAN! jangan berani2 sangat. hurm....

3 comments:

♥ p a n y ♥ said...

wehh bahaye okai. len kali jgn bwk moto mlm2.

cik EPAL said...

berhati hati :)

Farah Adila said...

hehe.. baik2..